“Berapa ramaikah sahabat YB Menteri telah dilantik ke dalam LGM?”,soal NGO

“Berapa ramaikah sahabat YB Menteri telah dilantik ke dalam LGM?”,soal NGO

Terima kasih kepada Pegawai Menteri yang telah membuat laporan polis yang mengesahkan dokumen yang kami kongsikan sebelum ini adalah tulen. Surat-surat itu semua jelas menunjukkan campur tangan Menteri dan memberi asas kukuh kegusaran kami mengenai isu yang melanda Lembaga Getah Malaysia yang mempunyai simpanan tunai melebihi RM1.6 billion untuk tahun kewangan 2018.

Kami telah ditunjukkan sebahagian laporan mendakwa isu besar melanda syarikat yang dimiliki oleh Lembaga Getah Malaysia iaitu LGMPC melibatkan ketirisan hasil sebanyak RM5.8 juta pada tahun lepas.

Kali ini kami ingin YB Menteri dan Pengerusi LGM yang merupakan Ahli Parlimen Jerantut YB Dato’ Haji Ahmad Nazlan Bin Idris untuk menjawab soalan yang kami ajukan ini.

Adakah benar YB Menteri telah melantik sahabat beliau sebagai Pengerusi LGMPC? Dan berapa ramaikah sahabat YB Menteri telah dilantik ke dalam LGM serta entiti-entiti berkaitan?

Adakah benar YB Menteri telah melantik Ir. Ariffahmi Rahman yang didakwa merupakan sahabat YB Menteri sebagai CEO LGMPC tahun lepas dan beliau telah mencetuskan beberapa masalah di dalam LGMPC? Setahu kami Ariffahmi yang merupakan ipar kepada YB Nik Abduh pernah terlibat dalam skandal berkaitan Kelantan Menteri Besar Inc sehingga beliau ditekan untuk meletakkan jawatan pada tahun 2009.

Adakah benar ada pihak pengurusan di dalam LGMPC yang tidak setuju dengan apa yang dibuat oleh Ariffahmi telah meletakkan jawatan dan yang masih berkhidmat telah ditekan dengan tujuan supaya meletakkan jawatan secara sukarela?

Adakah benar di bawah Ariffahmi, LGMPC telah mencatat prestasi buruk dalam tempoh sepuluh tahun, walhal harga getah melonjak naik tahun lepas?

Adakah benar beberapa isu melibatkan integriti dan urus tadbir telah timbul di bawah Ariffahmi?

Adakah benar di bawah Ariffahmi berlakunya ketirisan hasil sebanyak RM5.8 juta untuk Ladang LGM Ibam Rompin dan kerana ini 3 Jawatankuasa telah dibentuk dan didapati ada kecuaian dan ketidakpatuhan amalan perladangan? Oleh kerana itu LGM telah mengambil alih pengurusan ladang dari LGMPC sejak Januari tahun ini?

Adakah benar dana syarikat digunakan oleh kem YB Menteri untuk aktiviti politik?

Adakah LGM telah melaksanakan audit dalaman berkenaan isu-isu melibatkan LGMPC sejak Ariffahmi dilantik sebagai CEO?

SEDAR Malaysia juga menyeru, laporan kewangan LGMPC untuk tahun 2020 diterbitkan di laman sesawang untuk pemeriksaan awam secepat mungkin. Kami dengan berbesar hati menunggu jawapan dari YB Menteri dan Pengerusi LGM.

Sumber :