Beranikah Pas haramkan arak atau hanya polemik politik?

Beranikah Pas haramkan arak atau hanya polemik politik?

Posting politik di hadapan. Tidak sesuai dibaca oleh pentaksub politik sama ada PN dan PH yang senang koyak dan suka meroyan. Apa-apa kenyataan berbaur racist akan dinyahkumankan dari wall. TQ.

Semalam tular mengenai surat kelulusan KPDNHEP kepada Heineken Malaysia untuk beroperasi ketika musim PKP. Gempak gempita la alam FB dan Twitter, dengan penyokong PH dok persoalkan kelulusan Kerajaan Melayu Islam ni. Penyokong PN pula mula tular dan cop surat berkenaan sebagai palsu. Tup tup malam semalam, Heineken sendiri keluarkan kenyataan media yang mereka dapat kelulusan beroperasi secara terhad oleh KPDNHEP.

https://www.theedgemarkets.com/…/heineken-gets-nod-resume-o…

Benda ni macam dejavu. Masa zaman PH, kalau sentuh isu arak, pong pang pong pang pembangkang akan tiupkan isu. Masa zaman PN pun sama, penyokong PH pulak ambil peluang pulangkan paku buah keras, hentam Kerajaan. Membangkitkan isu arak untuk kelangsungan politik tak berkesudahan.

Saya BUKAN nak menghalalkan benda yang haram. HARAM tetap HARAM. Posting ini bukan posting mengenai hukum agama. Saya bukan pakar mengenainya. Ia lebih kepada kita semua buka mata mengenai realiti politik negara.

Rakyat perlu tanya dua-dua, PH dan PN, betulkah kalau mereka memerintah, arak akan terus terhapus dari bumi Malaysia. Boleh jadikah? Realitinya, komposisi negara kita ada 40% bukan Islam, dan perlu ingat arak itu tidak haram pada mereka. Jadi kalau mana-mana parti berjanji, akan tutup kilang arak dan sekat penjualan, jangan la percaya. Negeri Kelantan, negeri Islam serambi Mekah pun sampai sekarang tidak haramkan penjualan arak ya.

https://www.sinarharian.com.my/…/Kelantan-masih-benarkan-ju…

Heineken ini lama punya cerita. Dibuka sejak tahun 1965, Tun Abdul Razak yang rasmikan di Petaling Jaya. Pengerusinya sekarang ialah Idris Jala. Saban tahun dok bayar cukai berlipat ganda. Tahun lepas sahaja RM1.3billion dibayar ke Kerajaan Persekutuan sebagai cukai Syarikat. Makin tahun makin meningkat.

https://www.heinekenmalaysia.com/

Baik zaman BN atau zaman PH, tiada satu PM pun yang cuba tutup kilang Heineken. So takyah sembang kencang sangat. Saya percaya Kerajaan PN pun tak akan tutup kilang dan hentikan penjualan arak di Malaysia. Bukan semata-mata sebab untung cukai tapi sebab bila dah jadi Kerajaan bukan hanya boleh lihat sebelah pihak. Dia jadi Kerajaan bukan hanya untuk yang Islam tapi untuk yang bukan Islam juga.

Kalau lihat di luar negara, negara Brunei yang populasi majoriti orang Islam tetap boleh beli arak tapi terhad. Dubai di UAE sedikit terbuka, boleh jual arak di pub dan minum di sesetengah tempat terbuka. Ini semua negara Islam tuan puan. Tetap mereka benarkan arak untuk jualan kepada yang bukan Islam.

https://www.reuters.com/…/alcoholic-drinks-market-booming-i…

Realitinya dalam mentadbir negara kita perlu juga lihat keperluan kaum minoriti. Tak semestinya Islam agama rasmi, kita boleh impose semua hukum ikut agama kita sesuka hati. Misalnya di India, majoriti penduduk beragama Hindu dan mereka anggap lembu sebagai haiwan suci yang rapat dengan Tuhan. Namun masyarakat Muslim di sana dibenarkan sembelih lembu masa raya haji dan musim perayaan. Sebab apa, Kerajaannya perlu jaga juga warganegara lain yang ada kepentingan.

Ramai orang bising pasal impak penjualan arak kepada Rakyat. Dibangkitkan pemandu mabuk punya kes yang makin meningkat. Ada cadangan naikkan hukuman untuk kes pemandu mabuk yang melibatkan kematian. Namun tiada cadangan mana-mana pihak untuk arak dibuat sekatan jualan.

Sebenarnya, Rakyat yang perlu lebih cerdik dari ahli politik. Mana-mana Kerajaan yang naik pun naratif tetap sama. Dimomokkan untuk kelangsungan agama. Konon mereka champion belaka. Tapi bila dah jadi Kerajaan baru tahu langit tinggi rendah, janji entah ke mana.

Yang penting kita perlu imbangi keperluan. Ya, minoriti ada hak tetapi jangan melampau sampai tidak respect Kerajaan. Saya percaya kita punya undang-undang pengawalan yang tepat cuma perlu perketatkan penguatkuasaan.

Mengenai Heineken ni nak buat macam mana dah bagi kelulusan. Makanya Putrajaya tak boleh nak pusing kiri atau kanan. Jadi saya cadangkan, kelulusan tu patut dihadkan untuk stok yang ada hanya bagi tujuan pengedaran bukan pengilangan. Heineken patut disekat dari buat stok baru. Jangan buat benda jadi lagi haru.

Konklusinya, Rakyat perlu neutral dalam melihat isu. Jangan percaya kesemua gebang politik sebab nak berkuasa. Bila dah berkuasa, pandangan dah lain sebab dah kena ambil kira keperluan dan kebajikan semua. Perlu ingat bukan senang nak mentadbir negara.

Salam hormat,
Liyana Marzuki