Berang kerana hasil rompakan tak cukup, lelaki kembali ke bank sama hari kedua untuk merompak

Seorang lelaki ditahan kerana cuba merompak sebuah bank buat kali kedua dalam tempoh dua hari berturut-turut, lapor akhbar New York Post kelmarin.

Menurut satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan polis Fountain Valley, Isnin lalu, Samuel Brown, 33, berjaya ‘membawa pulang sejumlah besar wang’ dalam rompakan yang dilakukan di bank Chase.

Dia telah menyelitkan sekeping nota amaran rompakan kepada pekerja bank itu pada pukul 3 petang (waktu tempatan).

Berang kerana hasil rompakan tak cukup, lelaki kembali ke bank sama hari kedua untuk merompak

Samuel Brown ditangkap atas cubaan merompak bank sama selama dua hari berturut-turut.

Namun, wang tersebut tidak mencukupi dan Brown kembali semula ke bank tersebut dan cuba merompaknya sekali lagi.

Polis tiba di lokasi kejadian sekitar pukul 11.15 pagi (waktu tempatan) Selasa lalu dan menahan lelaki itu.

Menurut polis, Brown mempunyai waran tangkap tertunggak dan rekod jenayah termasuk rompakan di San Diego.

Dia kini sedang ditahan dengan ikat jamin AS$170,000 (RM710,855) di Penjara Daerah Orange selain berdepan beberapa tuduhan rompakan.

Berita Penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/10/08/diberkas-rompak-bank-sama-dua-hari-berturut-turut/

BACA JUGA : Budak SPM kahwin waktu PKP kongsi kelebihan kahwin usia muda

COMMENTS

Wordpress (0)