Bengang anak pinjam ahlong sebab sayangkan kekasih, sekali makcik tu hempuk buat netizen puas hati

Oleh INFORAKYAT

Bengang anak pinjam ahlong sebab sayangkan kekasih, sekali makcik tu hempuk buat netizen puas hati.

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menerima aduan daripada seorang wanita yang mendakwa dirinya

Dia dianiaya oleh teman lelaki sehingga terpaksa meminjam Ahlong bagi menanggung kekasihnya itu.

Bengang anak pinjam ahlong sebab sayangkan kekasih, sekali makcik tu hempuk buat netizen puas hati

Menerusi video yang dimuat naik di laman Twitter, Unit Banteras PPIM bersama ibu bapa kepada wanita itu dilihat menyerbu kediaman yang diduduki oleh mereka berdua.

Difahamkan, wanita berkenaan telah bersekedudukan dengan teman lelakinya setelah sekian lama, malah lelaki berkenaan turut didapati tidak berkerja namun hanya menabur janji manis.

Bukan itu sahaja, ibu bapa wanita itu turut dilihat memukul lelaki terbabit kerana telah menyebabkan anak perempuan mereka sanggup berhabis wang ringgit demi cinta yang tidak pasti.

Dah lama sabar dengan kau ni! Kau sanggup hidup macam ni nak bela anak orang!

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen bagaimanapun meluahkan rasa tidak berpuas hati dengan tindakan ibu bapa berkenaan yang hanya menyalahkan lelaki terbabit dan bukannya anak mereka.

Malah, ramai yang berpendapat bahawa anak perempuan mereka juga sepatutnya dikenakan tindakan yang sama kerana kesalah tersebut dilakukan bersama-sama.

Namun, apa yang lagi menimbulkan kemarahan netizen adalah apabila wanita itu seolah-olah ‘play victim’ dan hanya menyalahkan kekasihnya.

BACA:

Tak sangka! Patutlah rapat rupanya Azmin Ali anak angkat Tun M ramai tak tahu, ini kisahnya

Lelaki warga emas tiba-tiba tak ingat jalan pulang sekali lain pula jadi bila Polis datang