Bengang anak gagal ujian memandu, Ibu nekad marah polis undang reaksi netizen

Oleh INFORAKYAT

Bengang anak gagal ujian memandu, Ibu nekad marah polis undang reaksi netizen.

Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan situasi seorang wanita memarahi seorang pegawai polis

kerana anaknya gagal dalam ujian memandu di litar, lapor laman berita Kompas semalam.

Bengang anak gagal ujian memandu, Ibu nekad marah polis undang reaksi netizen

Video tersebut dimuat naik dalam akaun TikTok @birulangit153. Kejadian itu berlaku di Sekolah Memandu Pusat Keselamatan Riau (RSDC).

Wanita itu pada awalnya menghampiri pegawai polis pemantau yang berada berhampiran litar, namun dia diarahkan keluar.

Selepas mendapati anaknya gagal dalam ujian litar, wanita tersebut memarahi pegawai itu.

@birulangit153 Membalas @userrr9394891 kalau mau ikut ujian harus mampu dulu kata pakpol nya 😌 #SerunyaGayaBareng ♬ Meluncur Ke Tkp Siap 86 – Rahmad Remix

@birulangit153 Membalas @harisagung285 #TikTokForYouStage ♬ Dj Aftershock Reborn – Adit permana

Pegawai berkenaan kemudian menegur semula wanita berkenaan sebelum kedua-duanya bertengkar. Wanita itu malah mengugut untuk melaporkan kepada pihak atasan.

“Saya penguji. Hei, anda ke sana! Kami boleh buktikan sejauh mana kemampuan anak anda,” marah pegawai itu dalam nada suara tinggi.

Sementara itu, Ketua Perhubungan Awam Polis Riau, Nandang Mu’min Wijaya berkata, pelajar itu bersama ibunya telah meminta maaf kepada pegawai tersebut atas tindakan mereka di lokasi kejadian

BACA: 

‘Tak sempat dapat untung lagi..”, Pemilik gerai durian berputih mata, semua barang niaga dikebas habis licin!

Tak salah mainkan isu kaum dan agama, tidak bertentangan dengan perlembagaan – Tuan Ibrahim