Benarkah bekalan air bersih Kelantan selesai 2023?

Benarkah bekalan air bersih Kelantan selesai 2023?

Saya ragu. Kalau betul rakyat boleh dapat air bersih lagi 3 tahun, ‘blue print’nya sudah pasti telah dimuktamadkan. Spesifikasi teknikal, rekabentuk loji rawatan, jajaran paip, dan peruntukan kosnya sepatutnya sudah selesai. Proses tender sahaja boleh makan setahun. Proses pengambilan tanah juga memakan masa yang agak lama.  Sebelum pembinaan dan pemasangan perlu mendapat kebenaran merancang dulu, lepas tu perlu dapatkan kelulusan dari pelbagai agensi teknikal yang lain, termasuk penilaian EIA. Mungkin juga perlu kepada simulasi kejuruteraan sebelum penilaian akhir dimuktamadkan.

Memandangkan ianya merupakan projek besar dengan anggaran mencecah RM6 bilion dan melibatkan pembinaan loji rawatan, rumah pam, dan jajaran paip keseluruh negeri Kelantan, saya tidak fikir ianya boleh siap sebelum 2023.

Itu belum lagi diperincikan tentang aspek komersialnya. Apakah peruntukan RM6 bilion itu dalam bentuk geran atau pinjaman kepada kerajaan negeri? Mampukah syarikat Air Kelantan menjana pendapatan yang cukup untuk menampung kos operasi dan bayaran semula hutang? Kita sedia maklum, syarikat konsesi air banyak bergantung kepada pemegang akaun komersial dan industri untuk menjana pendapatan yang tinggi kerana caj akaun domestik agak rendah dan mungkin tidak sepadan dengan kos. Apakah Kelantan mempunyai cukup pemegang akaun komersial dan industri untuk menampung kos tersebut.

Saya harap Menteri Air benar-benar faham apa yang beliau perkatakan.

Sumber :

COMMENTS