Bekas setiausaha sulit kanan menteri pelancongan ditahan SPRM

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan bekas setiausaha sulit kanan kepada bekas Menteri Pelancongan yang melarikan diri sejak 10 Jun lalu.

Sumber berkata, suspek berusia 29 tahun itu dikehendaki SPRM berhubung kes rasuah membabitkan RM3.7 juta.

“Wang berkenaan dikaitkan dengan syarikat yang mendapat projek perkhidmatan pengiklanan di bawah kementerian itu.

“Suspek ditahan selepas menyerah diri pada 5.44 petang semalam di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya,” katanya.

Menurut sumber itu, suspek disiasat mengikut Seksyen 17 Akta SPRM 2009 dan akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini untuk perintah tahanan reman.

Sebelum ini media melaporkan pemilik syarikat yang mempunyai kaitan dengan tender pengiklanan Kementerian Pelancongan didakwa pada 27 Julai lalu atas tiga pertuduhan mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan kerana mengemukakan invois dan dokumen palsu bagi bernilai RM89 juta untuk tempoh dua tahun.

Sementara itu Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi), Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya yang dihubungi mengesahkan tangkapan itu.

Berita penuh : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/08/610467/bekas-setiausaha-sulit-kanan-menteri-ditahan-sprm

COMMENTS

Wordpress (0)