Bekas Pengarah JKR Melaka kena denda RM5 juta, penjara 15 bulan

Bekas Pengarah JKR Melaka kena denda RM5 juta, penjara 15 bulan.Seorang bekas Pengarah Jabatan Kerja Raya Melaka hari ini memulakan hukuman penjara 15 bulan selepas sabitannya atas 13 tuduhan rasuah melibatkan wang berjumlah RM195,000 disahkan oleh Mahkamah Rayuan.

Panel tiga hakim diketuai Hanipah Farikullah turut mengekalkan sabitan Khalid Omar bagi tuduhan pengubahan wang haram, selepas wang sebanyak RM375,000 ditemui di rumahnya.

Beliau yang bersidang bersama Hadhariah Syed Ismail dan Che Ruzima Ghazali mengesahkan hukuman penjara 15 bulan dan denda RM5 juta, atau lima bulan penjara terhadap Khalid bagi tuduhan pengubahan wang haram itu.

Pengarah

Menurut laporan FMT ,Semua hukuman penjara terhadapnya akan berjalan serentak. Ini bererti Khalid, 61, hanya akan menjalani tempoh penjara selama 15 bulan.

Khalid yang diwakili peguam Ragunath Kesavan dan J Kuldeep Kumar sebelum ini dibenarkan jaminan RM350,000 sehingga rayuan hari ini diselesaikan. Pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Mohd Dusuki Mokhtar.

Dalam penghakimannya, Hanipah berkata, sabitan tuduhan rasuah terhadap Khalid adalah selamat kerana tiada keraguan bahawa wang itu diterima daripada subkontraktor bagi aktiviti sosial dan sukan jabatan berkenaan.

Khalid didapati bersalah atas 18 tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram pada 5 Julai 2018. Rayuannya ke Mahkamah Tinggi turut ditolak.

BACA: Panas !!! Keluar kenyataan tolak Sulaiman, ini penjelasan Rauf

COMMENTS

Wordpress (2)
  • comment-avatar
    frolpwecerit 5 days

    I have recently started a site, the information you provide on this site has helped me greatly. Thank you for all of your time & work.

    http://www.frolpwecerit.com/

  • comment-avatar

    […] BACA JUGA : Bekas Pengarah JKR Melaka kena denda RM5 juta, penjara 15 bulan […]