Bekas Menteri Informasi Afghanistan kini jadi penghantar Pizza

Bekas Menteri Informasi Afghanistan kini jadi penghantar Pizza

Bekas Menteri Informasi Afghanistan kini jadi penghantar Pizza. Bekas Menteri Informasi Afghanistan, Syed Ahmad Shah Saadat, yang kini mendapat perlindungan suaka di Leipzig, dilaporkan meneruskan kehidupan dengan bekerja sebagai penghantar makanan.

Media tempatan berjaya merakamkan gambar Syed Ahmad yang sedang dalam perjalanan menghantar pesanan piza kepada pelanggannya di Leipzig.

Beberapa keping foto yang menyaksikan Syed Ahmad menaiki basikalnya di sekitar bandar dan menghantar pesanan dari pintu ke pintu dikongsi media tempatan dan Al Jazeera Arabia sebelum ia menjadi tular.

Syed Ahmad sudah setahun meninggalkan Afghanistan selepas bimbang dengan agenda Taliban dan kini terpaksa menyara kehidupannya dengan pekerjaan baharu itu.

Menteri

Beliau juga dilaporkan mengesahkan bahawa gambar yang tular di media sosial adalah dirinya ketika temubual bersama Sky News Arabia.

Sementara itu, wartawan Jerman yang mendakwa melihat Syed Ahmad di jalan turut menegur bekas menteri itu sebelum menceritakannya semula di Twitter.

“Beberapa hari lalu, saya menemui lelaki yang mengakui dirinya adalah Menteri Informasi Afghanistan, dua tahun lalu. Saya bertanya kepada beliau, apa yang dibuatnya di Leipzig.

“Beliau memberitahu bahawa sedang menghantar pesanan melalui perkhidmatan penghantar makanan Lieferando,” katanya.

Berita penuh : https://www.bharian.com.my/dunia/asia/2021/08/857424/bekas-menteri-afghanistan-kini-penghantar-piza

BACA: Strategi Pas untuk menang PRU15 dikongsikan Hadi