Bekas ketua hakim dakwa Warisan bukan parti pendatang tanpa izin

Bekas ketua hakim dakwa Warisan bukan parti pendatang tanpa izin

Selepas berkempen secara terbuka untuk Warisan Plus, Richard Malanjum muncul di ceramah malam terakhir Warisan Plus untuk meraih sokongan Kadazan Dusun Murut (KDM).

Bekas ketua hakim itu mengatakan dia tidak akan berkempen untuk Shafie Apdal jika presiden Warisan itu sendiri adalah pendatang tanpa izin (PTI).

“Sekiranya Shafie adalah pendatang tanpa izin, saya tidak akan berdiri di sini untuk berkempen. Warisan juga bukan parti pendatang tanpa izin,” katanya kepada sekitar 400 anggota dan penyokong parti itu.

Dia menggesa para pengundi untuk menolak “parti boneka” yang menurutnya dikuasai oleh parti-parti Semenanjung.

“Lihatlah anak-anak anda sebelum anda tidur malam ini. Apabila anda mengundi esok, fikirkan anak dan cucu anda,” katanya.

Dalam ucapannya, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menekankan bahawa Shafie memang “Original Sabahan”, memetik lagu yang sering dimainkan dalam acara dan ceramah Warisan Plus.

“Kami siap untuk memilih Shafie yang ‘original Sabahan’ sebagai ketua menteri,” katanya.

“Esok adalah hari penting. Jangan biarkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menentukan siapa ketua menteri anda,” katanya.

Warisan sebelum ini dilihat berdepan kebimbangan masyarakat KDM berasaskan Sulok-Bajau, kumpulan etnik yang sama di selatan Filipina yang kini juga merupakan etnik asal sebahagian penduduk Sabah.

Program ceramah malam ini adalah yang terakhir yang diadakan untuk calon Warisan Plus untuk kerusi Moyog, Darell Leiking dan kerusi Kapayan Jannie Lasimbang.

Moyog dan Kapayan adalah kerusi separa bandar yang terletak di bawah parlimen Penampang dan merupakan kubu komuniti KDM.

Sebelumnya, para penyokong dan orang ramai dihiburkan dengan klip video dan lagu-lagu politik yang menampilkan Warisan, Shafie dan para calon.

Pengundian bagi pilihan raya negeri Sabah akan berlangsung esok.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/544125

COMMENTS