Bekas ADUN Asahan meninggal dunia kerana Covid-19

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asahan, Datuk Seri Abdul Ghafaar Atan meninggal dunia di Hospital Melaka, di sini, sebentar tadi.

Allahyarham yang berusia 65 tahun dilaporkan meninggal dunia kira-kira pukul 1 tengah hari tadi akibat Covid-19.

Timbalan Ketua Bahagian UMNO, Datuk Rospandi Leman ketika dihubungi Kosmo! mengesahkan berita tersebut.

Bekas ADUN Asahan meninggal dunia kerana Covid-19

Abdul Ghafaar

“Saya telah dimaklumkan Allahyarham meninggal dunia tadi di Hospital Melaka.

“Sebelum ini arwah terpaksa ditidurkan selama 10 hari ketika menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU),” katanya.

Ujarnya, pemergian Allahyarham yang juga memegang jawatan sebagai Ketua UMNO Bahagian Alor Gajah merupakan kehilangan besar buat parti itu.

“Kepimpinan UMNO mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan menghargai serta mengenang jasa Allahyarham terutama dalam UMNO Alor Gajah,” katanya.

Abdul Ghafaar Atan juga merupakan bekas Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar Melaka.

Difahamkan jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Asahan.

BACA JUGA : Walau dapat ‘simpati’ Azmin, Ginie Lim tidak tergoda
Pesawat Hawk terhempas, identiti juruterbang dikenal pasti

COMMENTS

Wordpress (1)
  • comment-avatar

    […] BACA JUGA : Bekas ADUN Asahan meninggal dunia kerana Covid-19 […]