Beg disangka kandungi bom di tengah ibukota

Beg disangka kandungi bom di tengah ibukota.Sebuah beg pakaian yang disangka berisi bom ditinggalkan di tepi tong sampah berhampiran sebuah kedai basikal di Jalan Telawi, Bangsar telah mencetuskan kebimbangan orang awam dalam kejadian petang semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, hasil pemeriksaan oleh Unit Pengesan Bom IPK Kuala Lumpur dan Unit K9 PDRM mendapati tiada sebarang bom ditemui dalam beg pakaian tersebut.

Polis menerima maklumat dari orang awam kira-kira jam 4:15 petang mengenai satu beg pakaian dalam keadaan sempurna di lokasi itu.

Sementara itu, hasil pemeriksaan kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian memaparkan imej kaki suspek yang memakai seluar pendek dan separuh badan. Rakaman turut memaparkan suspek meletakkan beg tersebut di lokasi kejadian sebelum beredar.

Asisten Komisioner Amihizam bagaimanapun mengesahkan beg pakaian tersebut kosong serta menasihatkan orang awam agar tidak panik apabila menemukan sebarang objek dalam keadaan yang meragukan.

“Orang awam turut diminta agar terus menyalurkan maklumat yang diperolehi kepada pihak berkuasa.”

Saksi awam di tempat kejadian yang mempunyai maklumat berkaitan individu yang mungkin terlibat dalam insiden tersebut diminta hadir ke balai polis berdekatan untuk memberi keterangan, katanya.

BACA: Pas tentukan calon PRN Sarawak malam ini

Artikel ini disiarkan pada 28/11/2021

COMMENTS

Wordpress (0)