Bawa handbag Dior RM26000 lawat mangsa banjir, isteri MB Kelantan dikecam netizen

Oleh MUHAMMAD KHAIRY JALALUDDIN

Banjir melanda kebanyakan negeri di Pantai Timur semenanjung Malaysia sejak Ahad lepas,

Dan kita bersyukur kerana keadaan semakin pulih, terutama di negeri-negeri seperti Kelantan dan Terengganu.

Dua hari yang lalu, Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim melawat mangsa-mangsa banjir di Kelantan

Bawa handbag Dior RM26000 lawat mangsa banjir, isteri MB Kelantan dikecam netizen

Dan mengumumkan bantuan sebanyak RM 100 juta kepada mereka yang terkesan di Kelantan dan Terengganu.

Walau bagaimanapun, semasa PM melakukan lawatan tersebut, perhatian netizen tertarik kepada satu perkara yang lain.

Cats 26

Isteri Menteri Besar (MB) Kelantan, Datin Hajjah Siti Zabidah binti Ab. Hamid, dilihat membawa beg tangan berjenama Dior yang dikatakan bernilai RM 26,500.

Respon netizen terhadap perkara ini berbeza-beda. Ramai di antara mereka yang merasakan tindakan isteri MB Kelantan itu tidak peka terhadap keadaan mangsa banjir di negeri tersebut.

Bnjrmb2

Walaupun begitu, ada juga yang berpendapat bahawa ini adalah perkara biasa kerana wanita memang suka membelanjakan wang mereka untuk membeli beg tangan.

Sebagai isteri MB, sudah pasti dia mampu untuk membeli beg tangan dengan harga sebegitu.

BACA: “Baju aku basuh, rumah aku sapu, makan aku masak, aku tak kisah tapi air mata jantanku jatuh kerana insan bergelar isteri”