Baru sehari jadi PM, budaya Umno kembali semula

Baru sehari jadi PM, budaya Umno kembali semula. Tular beberapa keping gambar memaparkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Naib Presiden Umno berada dalam sebuah pesawat.

Turut kelihatan beberapa pemimpin Umno antaranya Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dan Ahli Parlimen Padang Terap, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Tiga lagi Ahli Parlimen Umno yang mengikut Ismail Sabri dalam rombongan ke lokasi bencana itu ialah Datuk Sri Ismail Mohamed Said (Kuala Krau), Datuk Sri Hasan Arifin (Rompin) dan Datuk Mohd Salim Sharif (Jempol).

baru

BACA JUGA : Panas !!! Hari pertama PM, Ismail Sabri sudah jadi ‘lauk’ kemarahan orang ramai

Rata-rata warganet mempertikai kewajaran pemimpin Umno diangkut sama dalam pesawat kerajaan bersama lawatan Ismail Sabri ke kawasan bencana kepala air atau banjir puing di Yan, Kedah itu.

Antaranya, Moza Rella Mza yang berpendapat Ismail Sabri awal-awal lagi gagal bahkan jauh lebih teruk daripada Mahiaddin Md Yassin ketika menjadi Perdana Menteri.

“Nampak betul rakusnya. Awak tu PM. Kenapa kena bawa orang Umno naik jet? Apa kaitannya Umno dengan kerajaan Malaysia?

baru

BACA JUGA : Terimalah hakikat, politik negara tidak akan stabil hingga PRU

“Kalaulah hari pertama dah tunjuk failed, macam manalah hari-hari esok,” katanya.

Foto yang tersebar di media sosial turut memperlihatkan kedua-dua tangan Tajuddin yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno itu memegang susur tangga semasa menuruni jet tersebut.

Kerajaan diterajui Umno pada masa ini mulai dikritik orang ramai dan dianggap kembali ke perangai asal ekoran pembaziran dalam meraikan kehadiran orang kenamaan.

BACA JUGA : Kecoh isu Sarjan Tentera kena pecat tolak vaksin, Tentera Darat tampil dengan penjelasan

Pemasangan papan iklan bersaiz gergasi serta kanopi lengkap dihiasi pokok berpasu mengundang kecaman rakyat selain kegagalan menjaga jarak fizikal ketika wabak Covid-19 masih belum reda.

Berita penuh : https://malaysiadateline.com/belum-bentuk-kabinet-umno-sudah-kembali-ke-perangai-asal/