Bapa kepada suspek kes pembunuhan bekas pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah, 25 tahun, menghadapi ujian yang menimpa keluarganya.
Menurut laporan Sinar Harian, lelaki berusia 64 tahun itu menyatakan bahawa apa yang salah tetap salah,
Dan anaknya perlu menerima hukuman sekiranya terbukti bersalah, walaupun ini amat sukar bagi mereka sekeluarga.
Beliau juga memberitahu bahawa suspek, yang telah berkhidmat selama empat tahun sebagai anggota polis, adalah seorang anak yang baik dan bertanggungjawab.
“Suspek juga merupakan harapan keluarga kami, terutamanya kerana hanya dia dan seorang lagi kakaknya yang bekerja dalam sektor kerajaan,” katanya.
Beliau mengakui perubahan sikap suspek semasa bercuti dari Rabu lepas hingga Rabu ini, sebelum mendapat panggilan untuk kembali ke balai tugasnya. “Ketika itu, dia agak pendiam dan kelihatan muram sebelum pulang,” tambahnya.
“Begitupun, saya menerima segala-galanya. Jika ini adalah kehendak takdir Allah, saya percaya pada ketentuan-Nya,” katanya kepada pemberita di rumahnya di Kampung Parit Sidang Seman, Sungai Rambai, pada Selasa.
Beliau juga menggesa orang ramai agar tidak membuat spekulasi dan memberi ruang kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan.
“Mohon maaf atas kesilapan anak saya. Dia tidak membuat laporan polis ketika diancam dan mengambil langkah sendiri,” katanya dengan perasaan sedih.
Sebelum ini, Nur Farah Kartini Abdullah dilaporkan hilang sejak 10 Julai lalu dan mayatnya ditemui di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang pada petang Isnin.
Mangsa dilaporkan hilang selepas menghantar kereta sewaan kepada pelanggan dan didakwa dibunuh oleh individu yang dikenalinya.
Seorang penjawat awam (polis) berusia 26 tahun yang dipercayai sebagai teman lelaki mangsa telah ditahan bagi membantu siasatan.
Media sebelum ini melaporkan kemarahan masyarakat kerana mendesak untuk mendedahkan hubungan sulit suspek dengan mangsa kepada isteri suspek yang disyaki menjadi punca pembunuhan Nur Farah Kartini.
Kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
BACA: Curi bahan binaan perumahan untuk rakyat, Menteri ditahan
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio