Banyak urusan pendidikan tergendala, “Tik Tok” jadi keutamaan Menteri?

Banyak urusan pendidikan tergendala, “Tik Tok” jadi keutamaan Menteri?

Tiktok adalah aplikasi yang banyak digunakan oleh anak muda hari ini dan tidak sedikit kesan dirakamkan melalui aplikasi ini yang tidak cocok dengan tatasusila yang terhormat.

Meminta para mahasiswa atau rakyat berbuat video tiktok dan rakaman dalam pejabat menteri menari sebegitu dengan janji hadiah, kurang sesuai pada hemat saya untuk Menteri Pengajian Tinggi yang mengetuai jentera akademia terhormat di Malaysia.

Apatah lagi, tema kerajaan yang ingin dibanggakan itu adalah ‘Melayu-Islam’; sesuaikah semua itu?

Banyak keperluan di IPTA/S yang tergendala akibat PKP, dan ‘cabaran tik tok’ ini bukan suatu yang sesuai pada masa PKP atau selepasnya.

Moga Allah SWT terus lindungi dan berkati KPT dan IPT di Malaysia dari apa-apa aspirasi serta etika yang tidak sesuai dengan harapan akademia bermaruah nasional.

Allah al-Musta’ān.