Banyak babak menarik ‘Spiderman : No way Home’ dibuang, dedah penulis lakon layar

Banyak babak menarik ‘Spiderman : No way Home’ dibuang.Penulis lakonlayar filem Spider-man: No Way Home, Erik Sommers mendedahkan banyak babak-babak menarik dari dalam filem itu terpaksa dibuang demi memastikan perjalanan kisah Peter Parker diutamakan. Erik Sommers mendedahkan perkara ini dalam satu temubual bersama Discussing Films berkaitan bagaimana mereka berjaya mencipta universe dalam Spider-man: No Way Home.

Erik Sommers menulis lakonlayar filem Spider-man ketiga dalam francais MCU ini bersama seorang lagi penulis lakonlayar, Chris McKenna. Menurutnya, terdapat banyak babak yang ditulis namun gagal direalisasikan demi memastikan filem ini fokus kepada watak Peter Parker.

At the end of the day, it’s a Spider-Man movie – you have to be telling the story of Peter Parker, and everything has to be in service of that. So there were a lot of painful decisions made, you know, we would have loved to have done this and that and “Oh, wouldn’t be great if these two villains could do this!” But it has to be in service of Peter’s journey, and you have to keep things moving. There were definitely a lot of what we call “little darlings” – little moments and things that you really just love – but sometimes you have to let them go.

Menurut temubual tersebut, kebanyakan babak-babak menarik itu ialah babak-babak berkaitan antagonis filem ini. Namun, tidak dipastikan sama ada babak tersebut sempat difilemkan dan kemudiannya dibuang semasa proses editing atau tidak pernah difilemkan langsung.

No Way Home berjaya membawa keterujaan kepada para penonton kerana menggabungkan kesemua generasi Spider-man daam seuah filem. Filem ini dibintangi oleh Tom Holland, Zendaya, Jacob Batalon dan barisan pelakon hebat lain dan berdurasi 3 jam 30 minit.

BACA:

Ini 3 sebab mengapa lampu tandas perlu dihidupkan waktu tidur di hotel
Panas !!! Kerajaan dilapor gagal bayar balik sukuk kepada pelabur

Viral

Artikel ini disiarkan pada 06/01/2022

COMMENTS

Wordpress (0)