Bantuan one-off RM300 kepada mahasiswa

Siswazah

Bantuan one-off RM300 kepada mahasiswa.Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) mengemukakan sebanyak lapan resolusi bagi memastikan Pelan Pemulihan Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang akan dibentangkan dalam masa terdekat bermanfaat kepada mahasiswa.

Presiden MPPK, Muhammad Amir Asyraf Mohd. Sabri berkata, antara resolusi yang digariskan termasuklah memohon bantuan one-off sebanyak RM300 kepada mahasiswa melalui Belanjawan 2022.

“Kami juga mahu pergerakan pulang mahasiswa dibuat secara pilihan di mana mereka boleh memilih sama ada mahu pulang ke kampus atau sebaliknya selain pergerakan dibuat secara berperingkat.

Bantuan

“Kerajaan juga perlu menyeragamkan prosedur operasi standard (SOP) untuk semua IPT bagi urusan pergerakan keluar masuk kampus mengikut panduan Majlis Keselamatan Negara serta keutamaan diberikan kepada mahasiswa lengkap divaksin,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, MPPK turut menggariskan resolusi supaya sesi pengajaran dan pembelajaran dibuat secara hybrid iaitu menggunakan konsep bersemuka serta secara atas talian.

“Mahasiswa juga perlu diberikan kit ujian saringan Covid-19 secara percuma serta pemberian insentif diskaun penerbangan untuk pulang ke kampus.

“Jadi, kami berharap agar resolusi yang dinyatakan dapat dipertimbangkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi bagi memastikan semua IPT dapat mewujudkan gelembung kampus selamat,” ujarnya.

Berita Penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/09/10/cadangan-bantuan-one-off-rm300-untuk-mahasiswa/

BACA: PMYT : Sittah Annur dibebaskan dengan jaminan polis