NGO bergerak lebih laju kerana kurang birokrasi

NGO bergerak lebih laju kerana kurang birokrasi

Patutnya Kerajaan kena bantu selaraskan gerak kerja agihan bantuan Covid-19 antara NGO-NGO, JKM, PDRM, ATM & KKM.

Kita sedia maklum NGO-NGO ada “Funder” masing-masing kerana gerak kerja mereka.

Kebanyakan penyumbang lebih suka memberi sumbangan melalui NGO kerana mereka tahu sumbangan mereka akan sampai kepada golongan sasaran & sangat jarang berlaku diskriminasi atau manipulasi politik dalam NGO-NGO.

Bukan x de NGO-NGO yang dihidupkan oleh “Political Player” tapi jumlahnya teramat sedikit & NGO-NGO ini sangat jarang menerima Fund dari Marhaen atau Korporat kecuali dengan “Political Cable”.

Bukan kita tak tau tujuan sebenar Kerajaan mengeluarkan arahan sekatan atas NGO-NGO dan handover tugasan agihan pada JKM sangat baik dalam tempoh kritikal PKP. Ianya adalah bagi menyekat penularan virus ketika agihan dibuat kerana tiada pemantauan.

Ada baiknya Kerajaan selaraskan gerak kerja bersama antara NGO, JKM, PDRM, ATM & KKM.

Mana2 NGO yang terlibat perlu berdaftar dengan JKM (untuk kerja2 agihan), tenaga kerja perlu membuat saringan kesihatan setiap hari melalui KKM dan untuk melancarkan agihan, PDRM & ATM boleh mengiringi NGO-NGO untuk pemantauan bersama wakil KKM.

Kena ada SOP yang jelas, wujudkan juga Bank Data supaya agihan tidak bertindan dan semua kumpulan sasaran menerima bantuan yang diperlukan.

Tak boleh serah 100% pada JKM sebab ini akan menimbulkan kecurigaan. Perlu penglibatan bersama secara langsung antara NGO dengan JKM. Ini juga akan dapat mengatasi masalah kekurangan tenaga kerja.

Berat sama dipikul, rigan sama dijinjing.

Sumber :