Aku tengok banyak sebaran pemberian bantuan kepada Kolej Era, sebelum nya melibatkan dana Sekolah Persendirian cina oleh walaun-walaun PAS.. Mulanya aku malas nak kisah,
Bila ramai orang Share geng-geng Ustaz pun main sentimen Perkauman.. Apalagi hari ini ketua Penerangan PAS si Tantawi pun buat buat musykil meh aku nak habaq.. Apakah tantawi ini begitu dangkal, atau saja buat buat tak faham.. Tak perlu minta Penjelasan Lim Guan Eng, Biar aku tolong jawabkan.. Mengapa perlu politik kan Pendidikan dengan sentimen Perkauman..
1- Apakah begitu besar nilai RM 190 ribu kepada Kolej Era dibandingkan RM 30 – 60 Juta geran setiap tahun selain, tidak termasuk bantuan pembagunan yang diberikan kepada Kolej dan Universiti UTAR milik MCA Dizaman barisan Nasional ? apakah PAS tidak tahu ?
2- Siapa yang perasan selepas Belanjawan , MCA telah menyelar tindakan Lim Guan Eng menarik balik geran bantuan kepada kolej dan Universiti milik Cina(MCA) RM 30-60 Juta Setahun.. Sama seperti geran dan Bantuan kepada Universiti Awam selama ini..
Aku pun tak setuju tindakan Lim Guan Eng menarik balik geran bantuan walaupun ia milik MCA, walaupun aku setuju syarat yang ditetapkan Lim Guan Eng, Universiti tersebut mesti bebas dari pengaruh dan jadi milik parti Politik.. baru bantuan diberi Semula.. Hal Pendidikan tidak harus dipolitikkan..
3- hatta kadang2 Geran Program , lawatan Pengajar di Universiti awam lebih besar dari RM 200 ribu dihabiskan Pensyarah2 Melayu untuk sesuatu lawatan dan program..
Geng2 Ustaz pun bukan tak biasa buat lawatan beramai ramai atas nama lawatan terhadap pelajar di Timur tengah, mereka ke Mesir, Jordan dan Madinah hatta ke Cordova menggunakan Dana JAKIM dan majlis Agama Islam, ada ketikanya guna dana Baitulmal(Pusat Zakat).. walaupun hanya bertujuan melancong..
4- Sebagai contoh baru baru ini, Bila Ustad Kazim mengadu Mahaad Tahfiz nya mahu ditutup, walaupun hanya mempunyai 100 Pelajar, tetapi Kerajaan Pakatan Harapan Perak memberikan Bantuan segera RM 150 ribu.. Hakikatnya Tahfiz Al-barakah juga dapat pelbagai Bantuan dari badan2 Agama,
Kalau agihan RM 200 ribu untuk Kolej dan sekolah persendirian yang mempunyai seribu Murid, Apa Masalahnya ? Kos Operasi, Elaun guru dan Pembagunan mereka tidak bebankan dan ditanggung Kerajaan.. Sekurang kurang penubuhan Kolej Swasta mengurangkan Beban Kerajaan.. sepatutnya kita bersyukur..
5- RM 190 ribu untuk Kolej era, hanya bersamaan kos gaji dan elaun pengajar Sebulan di satu satu cawangan Giat mara, Kolej teknikal, Belum masuk Kolej Kolej lain melibaatkan Bumiputera yang melibatkan Kos Berbillion Ringgit melalui Kementerian Pendidikan,JAKIM dan MARA..
Apa masalah kalau Kerajaan pun bantu meringankan Pendidikan Kolej Bukan Bumiputera.. ? Bila diminta Kolej MARA dibuka kepada Bukan melayu ramai pula yang marah..
6- Bantuan kepada Sekolah persendirian Cina, Sekolah Agama, Pondok dan Tahfiz, ia bukan Perkara baru, ia telah dilakukan Lim Guan Eng ketika memerintah Pulau Pinang.. saamada pendidikan Cina, Mubaligh, Islam, semuanya dibantu.. Apa masalahnya ?
Suatu ketka dulu PAS lah terlalu berbangga apa yang dilakukan Lim Guan Eng, Bantuan Kepada Sekolah Cina ini bukan perkara Baru, Kerajaan PAS di Kelantan pernah anugerahkan tanah kepada Sekolah Persendirian Cina , walapun komposisi kaum mereka disana tak sampai 10 %..
Dulu PAS pernah berbangga pentadbiran Tok Guru dulu membantu Sekolah Persendirian Chung Hwa dan Chung Chin dengan meluluskan tanah seluas 1,000 ekar kepada sekolah persendirian cina di Kok Lanas, Ketereh, dan cara ini pernah dicontohi Kerajaan Perak dibawah Nizar..
7- Mengapa perlu Dipolitik kan Pendidikan ? Lain lah Institusi Islam tidak pernah dibantu Langsung.. tahun ini saja beberapa penambahan peruntukan Yang tinggi kepada Institusi Agama termasuk lebihan RM 100 juta (RM 1.10 Billion) kepada JAKIM..
Sepatutnya kita kena bersyukur, Institusi Pendidikan Bumiputera, Universiti awam yang majoritinya Melayu dibantu segala aspek oleh Kerajaan, dari Gaji dan elaun Profesor, Guru dan para Ustaz, Hingga kan Guru KAFA pun diserap sebagai anggota pentadbiran kerajaan.. manakala Bagi bukan Bumiputera mereka berusaha Sendiri..
Institusi Agama bukan saja peroleh peruntukan dan peruntukan Khas pembagunan ia arus dilihat Peruntukan dari beberapa Kementerian ini..
a) Kementerian Pendidikan RM 60 Billion
b) JAKIM RM 1.1 Billion
c) Kementerian Luar bandar (MARA) 5.3 Billion
d) Kutipan dan Potongan gaji Intitusi Zakat dan Baitul Mal hampir RM 2 Billion
5- Bila tengok ramai yang sebar berita Palsu, Cerita cerita Perkauman, Kadang2 aku rasa malu.. yang buruknya Imej Agama Islam.. Lebih rasa malu bila sentimen Perkauman ini dimainkan oleh orang Agama Sendiri.. mereka berbohong atas nama agama..
Bila Kerajaan UK, Australia dan Eropah bantu pendidikan Islam ramai yang berbangga, Bila hanya sedikit peruntukan untuk Sekolah Cina, ramai dari agamawan Islam sendiri main kan sentimen Perkauman.. Buruknya gambaran Islam..
Itu Sebabnya Aku cukup benci Kelompok Ashabiyah tak kira siapa pun, apa lagi PAS dan UMNO..
Sumber : https://www.facebook.com/pemudapas.tamanmeru/posts/2221397397882038