Banjir besar berlaku kerana fenomena luar jangka, kata Menteri

Banjir besar berlaku kerana fenomena luar jangka, kata Menteri

Banjir besar berlaku kerana fenomena luar jangka. Kejadian bencana banjir yang berlaku pada Disember tahun lalu adalah disebabkan fenomena alam luar jangka.

Perkara tersebut diakui Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man yang berpandangan terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi bencana tersebut.

“Pembangunan dalam kawasan dataran banjir dan rizab sungai yang menyebabkan pengurangan kapasiti takungan air.

“Aliran air sungai yang terhalang disebabkan oleh tiang jambatan dan kemudahan utiliti dengan adanya puing yang mengandungi sampah, sisa, sedimen dan bahan buangan,” katanya semasa menyampaikan penerangan pada Mesyuarat Khas Dewan Rakyat berkenaan bencana banjir hari ini.

Banjir besar berlaku kerana fenomena luar jangka, kata Menteri

Belanda hantar pasukan DRR nilai impak fenomena banjir

Selain itu, beliau akui, jajaran asal sungai telah diluruskan dan dikonkritkan hingga menyebabkan aliran sungai lebih laju di kawasan hilir.

“Antara lain termasuk pembukaan tanah di kawasan tadahan menyebabkan aliran air, permukaan lebih laju ke dalam sungai, berlaku runtuhan di tebing dan membawa kelodak dan puing-puing, seterusnya menyebabkan banjir di kawasan hilir.

“Pam dan pintu air yang tidak dapat beroperasi dengan sempurna akibat timbunan sampah sarap dan terputus bekalan elektrik yang terpaksa dipotong oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) kerana keselamatan awam.

“Namun akibatnya menjejaskan fungsi pam yang sedia ada,” jelasnya.

BACA JUGA: Cahaya misteri muncul dilangit cetus kegelisahan penduduk, hilang setelah disambar kilat
Vaksin Covid : Tular lelaki meninggal dunia kerana dos penggalak, isteri tampil buat penjelasan
Fosil gergasi berusia 326 juta tahun ditemui

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)