Banding harga jam dengan maggi, Annuar anggap netizen ‘mata hati tercacat’

Banding harga jam dengan maggi, Annuar anggap netizen ‘mata hati tercacat’

Banding harga jam dengan maggi. Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa tampil memberi maklum balas berhubung kecaman orang ramai terhadapnya ekoran memuat naik gambar menjamah mi segera.

“Kesian juga bila penglihatan kabur akibat mata hati yang tercacat,” katanya ringkas di Twitter lewat malam tadi.

Bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) itu membalas ciapan pengguna Twitter, Amirul Ruslan yang membandingkan jumlah bungkusan mi segera dengan harga jam tangan yang didakwa dipakai oleh Annuar.

Banding harga jam dengan maggi

Amirul mendakwa nilai jam tangan jenama mewah Richard Mille itu bersamaan dengan kira-kira 100,000 bungkus Maggie Kari 5+1 yang boleh menyediakan 600,000 hidangan.

Kelmarin, Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh itu memuatnaik gambarnya menjamah mi segera selepas selesai bersiaran langsung di RTM menerusi slot Bicara Naratif.

“Hari ini (21 Jun) amat letih dan lapar kerana tak sempat dinner. Terus dari DBKL ke Angkasapuri, akhirnya diselamatkan oleh Maggi Curry dengan telur. Alhamdulillah,” kata wakil rakyat Umno dari Kelantan itu.

Dalam hal berkaitan, Timbalan Presiden AMANAH, Datuk Seri Salahuddin Ayub berpendapat ada menteri sempat menyindir rakyat dengan menunjukkan mereka makan mi segera ketika rakyat cukup tertekan dengan masalah kewangan.

Berita penuh : https://malaysiadateline.com/annuar-anggap-penglihatan-warganet-kabur-akibat-mata-hati-yang-tercacat/