Bandar yang sering jadi persinggahan UFO

Bandar yang sering jadi persinggahan UFO

Lebih 200 objek terbang tidak dikenali (UFO) dilaporkan telah dikesan di bandar Yorkshire, England sejak 20 tahun lalu, lapor laman berita Daily Star kelmarin.

Penampakan UFO terbaharu di situ adalah kira-kira tiga minggu lalu apabila sebuah jet penumpang merakam satu objek panjang dan berbentuk seperti cigar terbang berhampiran pesawat ketika ia sedang mengelilingi daerah itu.

Seorang peminat UFO yang hanya mahu dikenali sebagai Dave berkata Yorkshire bagaikan magnet yang menarik UFO.

“Sesiapa yang tidak percaya kewujudan UFO patut menghabiskan masa selama beberapa hari di sini dan memerhatikan langit,” katanya.

Dia berpendapat lawatan itu dihubungkan dengan dua stesen pendengaran rahsia di RAF Menwith Hill berhampiran Harrogate dan RAF Fylingdales berdekatan Whitby.

“Ramai pakar UFO berpendapat ia ada kena mengena dengan pangkalan tersebut.

“Pada mulanya ia bertindak sebagai sistem amaran dan stesen pendengaran namun sesuatu mesti sedang berlaku, jika tidak mengapa begitu banyak aktiviti UFO berleluasa?,” katanya.

Todmorden di Yorkshire Barat merupakan lokasi salah satu penemuan UFO paling terkenal pada 1980 yang dilaporkan oleh seorang pegawai polis bernama Alan Godfrey.

Beberapa orang pengkaji langit melaporkan melihat cahaya, bola api dan objek aneh menyerupai kuda laut di langit Yorkshire.

Pada tahun 2009 sahaja, terdapat 38 kes pengesanan UFO di situ. Dalam satu kes di Bradford pada 20 Februari 2009, seorang sakis melaporkan melihat dua cahaya aneh di sebalik awan.

Berita Penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/06/27/bandar-di-england-lubuk-singgahan-ufo/

BACA JUGA : Seram !!! Kelibat hantu kanak-kanak kembar berjaya dirakam