Balak viral : Seriuskah kerajaan Pas Terengganu pelihara alam semulajadi?

Balak viral : Seriuskah kerajaan Pas Terengganu pelihara alam semulajadi?

Sebagai Pengerusi Biro Alam Sekitar Parti AMANAH Negara, beberapa hari lepas saya telah ada menulis kebimbangan saya tentang sikap tidak prihatin kerajaan Negeri Terengganu terhadap isu pemuliharaan warisan alam sekitar negeri.

Isu berkenaan adalah berkaitan pemberian tempoh panjang lesen kuari granite dan pembalakan tepi pantai di lereng bukit di kawasan perkampongan Kijal yang terkenal dan berpotensi dalam industri pelancongan dengan wujudnya hotel sedia ada bertaraf antarabangsa.

Hari ini timbul satu lagi isu alam sekitar, yang viral di seluruh negara iaiti isu balak ‘gergasi’ luar biasa besarnya yang berasal dari Terengganu yang dibawa lori melalui lebuhraya.

Seorang pakar pencinta alam sekitar, En. Khaidir Ahmad telah menyoal bagaimana pokok begitu besar berusia sekitar 500 tahun boleh dibenarkan untuk ditebang. Ia sepatutnya dipeliharai sebagai warisan khazanah alam semula jadi negara kerana jenis pokok dipercayai cengal sudah hampir pupus.

Dilaporkan, siasatan lanjut telah mengesahkan permit pengangkutan telah dikeluarkan oleh Jabatan Perhutanan Terengganu.

Soalan yang perlu di jawab oleh kerajaan Terengganu dan Menteri Besar : adakah mereka serius dalam memelihara warisan alam semula jadi dan alam sekitar?

Dengan berleluasanya aktiviti pembalakan meluas di Terengganu, risiko banjir besar seperti tahun 2014 mungkin berulang adalah tinggi.

Soalan isu alam sekitar yang sama telah saya ajukan dalam isu kuari dan pembalakan di pesisir pantai di Kijal pada minggu lepas tanpa apa apa jawapan dari kerajaan Negeri.

Kalau isu kuari dan pembalakan di kawasan pantai Kijal tidak dipandang penting dan pembalakan pokok gergasi 500 tahun di hutan simpan juga tidak di pelihara, apa sebenarnya sikap kerajaan Terengganu berkenaan polisi alam sekitar?

Perlu diingat ini semua akan menjejaskan juga industri pelancongan Terengganu yang mampan dan berpotensi tinggi yang boleh memanfaatkan masa depan sebahagian besar generasi muda akan datang di Terengganu.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2387294428081142&id=251826234961316

Yang lebih menghairankan, Terengganu dengan bajet tahunan sebanyak RM 2.1 billion, begitu kaya dengan hasil minyak dan gas yang kini royaltinya telah diberi secara terus oleh Kerajaan Pusat, jadi adakah perlu kerajaan negeri bersikap rakus dan tamak memusnahkan alam sekitar dengan pembalakan dan aktiviti kuari secara begitu agresif?

Mana perginya wang royalti minyak sehinggakan alam sekitar pun sanggup dimusnahkan dengan rakus demi mengejar hasil wang tambahan?

Islam menuntut kita memelihara alam sekitar. Nabi sendiri pun melarang pokok ditebang walaupun sewaktu perang apakan lagi semasa keadaan biasa.

Inilah persoalan dari rakyat Terengganu hari ini kepada kerajaan Melayu Islam PAS di Terengganu.

Menteri Alam Sekitar yang juga Timbalan Presiden PAS sepatutnya menasihati dengan baik Kerajaan Negeri yang dikuasai oleh PAS juga.

Apabila telaga minyak telah kering dan hasil hutan dan kuari pun habis dikerjakan, apa lagi akan tinggal sebagai hasil negeri Terengganu untuk generasi muda akan datang?

Janganlah pokok hutan belantara rakus digondolkan dan bukit kuari diratakan habis kerana mengikut nafsu haloba manusia demi mengejar kekayaan dunia semata mata dan melupakan ajaran Islam yang sebenarnya.

Bukankah Kerajaan Negeri Terengganu hari ini mengakui dirinya kerajaan Melayu – Islam yang berjanji membela masa depan orang Melayu dan memelihara teguh ajaran Islam mengikut sunnah Nabi?

SENATOR DATO’ RAJA KAMARUL BAHRIN SHAH
Pengerusi Biro Alam Sekitar dan Kele

Sumber :