Tidak din4fikan figura terkenal, Ebit Lew selalu mendapat pujian kerana aktiviti kebajikannya, namun tidak semua ‘air tangan’ Ebit mendapat respon positif orang ramai.
Ini kerana rekaan baju kurta miliknya mendapat kirtikan hebat orang ramai.
Difahamkan, kurta terbabit merupakan salah satu busana yang dijual olehnya sempena perayaan Aidilfitri tahun ini.
Menerusi perkongsian yang dimuat di Facebook Kassim Nasution, dia mengkr1tik rekaan baju tersebut yang disifatkan ‘tidak menarik’ malah kelihatan daif.
“Walaupun dah nak habis raya, aku tak boleh ‘move on’ betul dengan rekaan baju Ebit Lew ni.
“Nampak macam daif sangat bila pakai,” katanya dalam satu hantaran, semalam.
“Baju Melayu apa daif sangat nampak ni?” Koleksi Ebit Lew dihentam netizen
Dalam pada itu, menjengah ke ruangan k0men mendapati sebahagian besar pengguna laman s0sial turut bersetuju dengan kenyataan tersebut.
“Baju kalau dah warna merah tiba-tiba sampai poket warna coklat, Hijazi Mohd. pun segan nak pakai,” kata Yusuf Zakariah.
“Dia ingat ‘design’ (rekaan) dia ni saing-saing seluar Evisu. Nak tonjolkan poket pelik-pelik. Rupa dah macam poket bocor air milo je tengok, tak faham aku,” sel0roh Aiman.
Bagaimanapun, seorang pengguna dikenali sebagai Wan sebaliknya membuat tegu-ran atas hantaran terbabit.
“Saya tak kisah pasal baju tu tetapi lawak sangat ke Allah sayang tu? Betul la orang melayu ini islam dalam ‘ic’ sahaja . Saya tidak la alim mana, banyak juga d0sa tetapi tahu batas gurauan,” ucap Wan.
BACA: Sarawak temui deposit sumber mineral bumi termasuk emas bernilai RM1.25 trillion