Bajet sama tapi jumlah penerima berganda, pendekatan Syed Saddiq dapat pujian

Bajet sama tapi jumlah penerima berganda, pendekatan Syed Saddiq dapat pujian

Bajet sama tapi jumlah penerima berganda, pendekatan Syed Saddiq dapat pujian.

Kerajaan sebelum ini umumkan beri RM 300,000 kepada semua Ahli Parlimen untuk program Bakul Makanan. Tapi yang tak diumumkan ialah semua Ahli Parlimen kerajaan telah pun mendapat RM 4-5 juta manakala tiada sehabuk pun diberi kepada Ahli Parlimen pembangkang.

Tapi berbekalkan RM 300k ini, ada seorang MP pembangkang di selatan tanah air telah berjaya menyediakan Bakul Makanan untuk 5,000 keluarga, bukan 3,000 seperti rancangan asalnya. Benar, 2,000 tambahan Bakul Makanan berjaya disediakan.

bajet

Bagaimana caranya?

Tidak perlu menyewa dewan besar untuk dijadikan pusat agihan.

Tiada poster besar berkualiti tinggi untuk ditampal pada kotak bantuan.

Tiada campur tangan orang tengah untuk dibayar upah/komisen.

RUNDING DAN RUNDING dengan pembekal barangan makanan untuk dapat harga paling murah.

RUNDING DAN RUNDING dengan pembekal khidmat pengangkutan untuk harga paling rendah.

Hasilnya?

Lebih kurang 100 tan barang makanan seperti beras, minyak masak, gula dan lain-lain berjaya dibeli hasil rundingan harga super diskaun dengan pasaraya KK Mart.

Khidmat 6 buah treler bersaiz 40 kaki dapat digunakan secara PERCUMA hasil rundingan dengan The Lorry.

Sumbangan dapat dibuat dengan pantas tanpa membuang masa tampal stiker pada setiap kotak sumbangan.

5,000 keluarga dapat bantuan segera.

Peduli apa orang tuduh populist dan political stunt. Semuanya dipersetankan sahaja. Yang penting, wang dapat disalurkan dengan betul dan rakyat mendapat bantuan sewajarnya.

Harap dapatlah MP muda dan naif ini mengajar orang-orang tua yang dah berpuluh tahun pegang jawatan, tentang bagaimana sepatutnya wakil rakyat bekerja.

Sumber :

BACA JUGA : Kaji balik pendekatan kerajaan tangani Covid-19, kata dewan perniagaan Jerman dan Jepun