Bahana terlalu berani dengan Covid-19

Bahana terlalu berani dengan Covid-19

Terdahulu tular dalam media sosial mengenai hantaran dimuat naik Mohamad Zuhdi semasa percutian berkenaan serta langkah Pemuda PAS Selangor membuka tabung derma untuknya.

“Derma kilat buat Ustaz Zuhdi Mat Piah, Bendahari Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor yang positif Covid-19 dan akan dikuarantin di Hospital Sungai Buloh,” tulis hebahan tersebut.

Ia juga mengundang orang ramai bertanya kewajaran PAS terus menyalahkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang didakwa gagal menyekat kemasukan warga China semasa peringkat awal Covid-19 dulu.

Pengkritik berkata, sekarang ternyata orang PAS sendiri membawa Covid-19 ke dalam masyarakat di negara ini.

Sehingga semalam, Malaysia mencatatkan rekod jumlah keseluruhan positif wabak tersebut sehingga 3,963 kes dengan 63 kematian

Berita penuh :https://m.malaysiakini.com/news/519516