Siapa peminat setia rancangan program realiti televisyen Maharaja Lawak Mega ni?
Korang mesti dah familiar dengan kumpulan Sepahtu, Bocey, Shiro dan banyak lagilah.
Mesti ramai yang akan tunggu rancangan ni pada setiap malam Jumaat. Betul tak?
Namun, sejak kebelakangan ini, nampak seperti kebanyakan pelawak yang menyertai pertandingan ini terdiri daripada orang yang sama.
Oleh sebab itu, kadang-kadang kandungan lawak yang dipersembahkan sudah boleh dijangka dan masih juga timbul isu kekeringan idea.
Azrul buka mulut tentang MLM, enggan terlibat lagi dalam rancangan tersebut
Bercerita mengenai isu berkenaan, Azrul Zaidi yang merupakan bekas Naib Johan Raja Lawak Musim Kedua tampil mendedahkan hal sebenar di TikTok miliknya @azrul_rajalawak tentang rancangan ini.
Pada awalnya, dia mula menerima soalan daripada seorang peminat berkaitan bertanyakan tentang hasrat kemunculan semula ke pentas Maharaja Lawak Mega.
Jelas Azrul yang pernah menjadi peserta di MLM dahulu, jelasnya ada beberapa konflik berunsurkan diskriminasi berlaku membuatkan dia dan rakan pelawak lain enggan terlibat dalam rancangan tersebut.
Azrul ‘londeh’ cerita gelap proses pemilihan maharaja lawak mega, “semua dia kawal..”
Rapat dengan produser terus ‘green light’, peserta lain tiada peluang
Menurutnya lagi, pelawak yang tidak pernah membantah dan mengikut arahan serta rapat dengan produser akan terus dipanggil menerima job. Sementara itu, lambakan bekas peserta Raja Lawak yang mahu mencuba nasib dalam MLM tidak diberikan peluang.
Dari segi proses tapisan content pula, idea sesetengah pelawak akan ditolak mentah-mentah atas faktor kurang menarik. Namun peliknya, ada pula kumpulan lain yang membentangkan content sama dan diberikan pelepasan mudah.
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen terkejut bahkan ada juga yang anggap isu pilih kasih memang wujud dalam mana-mana pekerjaan. Mereka juga setuju yang persembahan MLM tiap tahun agak membosankan kerana tiada wajah baharu.
MLM akan datang ni rasa-rasanya orang yang sama ke atau akan ada wajah baharu? Kita nantikan…
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio