Azmin Tamak, Umno Terdesak, Pas Batu Api

Azmin Tamak, Umno Terdesak, Pas Batu Api

Begitulah rumusan mudah yang boleh dibuat dengan perkembangan semasa politik negara hari ini. Selepas Majlis Presiden PH memutuskan 1 ketetapan, Azmin dilihat tidak senang duduk apabila jaminan DSAI sebagai PM dijamin sendiri oleh TunM. Oleh yang demikian, Azmin akan buat apa saja demi memastikan Anwar tidak menjadi PM termasuk mengugut TunM jika PPBM tidak mahu sertai komplot Azmin bersama UMNO dan PAS, mungkin juga kedudukan TunM akan tergugat apabila Azmin berjaya memujuk beberapa MP PPBM yang sedang syok dipuncak kuasa.

Pada masa yang sama, UMNO juga sentiasa mengintip ruang dan pelung untuk UMNO kembali di pihak kerajaan demi menutup segala pekung salah guna kuasa dan wang rakyat. Ini hakikat yang semua orang tahu termasuk PAS yang sudah melacurkan diri atas nama kesatuan bangsa semata mata ingin konon mengekalkan status PAS sebagai parti yang relevan. Maka PAS terus mengasak menjadi batu api neraka, berpakat dengan UMNO dan sentiasa flip flop mengadu domba dengan team Azmin Ali.

Jika hal ini tidak dihalang TunM, maka Malaysia akan mencatat satu lagi tragedi pengkhianatan mandat rakyat yang maha keji dan hina.