Azlan beli kereta mewah hadiah kepada pekerja jadi perhatian

Azlan beli kereta mewah hadiah kepada pekerja jadi perhatian. Ikon Usahawan Muda, Muhammad Azlan Al-Amin merupakan seorang jutawan hartanah yang berasal daripada Terengganu dan terkenal dengan sikap dermawan. Peneraju kepada Azlan Al-Amin Group Sdn. Bhd. itu dalam kemaskini di Facebooknya baru-baru ini berkongsi kisah dimana dia telah membeli empat buah kereta untuk dihadiahkan kepada stafnya sebagai tanda penghargaan.

Menurut perkongsian itu lagi, empat buah kereta yang dibeli tersebut merupakan sebuah Proton Inspira, dua buah Toyota Fortuner dan sebuah Jaguar VXL 5.0. Toyota Fortuner dan Proton Inspira itu dihadiahkan kepada stafnya sebagai tanda penghargaan manakala kereta Jaguar pula adalah untuk kegunaannya sendiri.

Beliau turut meluahkan rasa syukur apabila keempat-empat kenderaan itu dapat dibeli secara tunai, tanpa perlu berhutang dengan mana-mana pihak.

Lebih menarik, beliau turut berkongsi kisah dimana dia ‘terserempak’ dengan sebuah kereta Porche Cayene di kedai yang sama ketika mahu beransur pulang. Tanpa berlengah, beliau meminta kepada jurujual untuk memandu uji kenderaan tersebut.

Selepas jatuh cinta dengan keselesaan yang ditawarkan kereta tersebut, beliau memutuskan untuk turut membeli kenderaan mewah itu secara tunai.

Azlan beli kereta mewah hadiah kepada pekerja jadi perhatian

Menurutnya kereta itu merupakan kereta idamannya sejak sekian lama. Dia juga sempat memandu uji kenderaan tersebut sebelum membelinya juga secara tunai.

”Semuanya milik Allah swt, kita hanya peminjam sahaja!”, ujarnya.

Beliau sempat berseloroh apabila meminta para pengikutnya di facebook mengabaikan kasut selipar yang dipakainya ketika berurusan membeli kenderaan-kenderaan berkenaa. Perkongsian tersebut turut menerima komen positif daripada netizen yang terus mendoakan kejayaan hartawan tersebut.

Terdahulu, Muhammad Azlan tular selepas dia telah menjadi hartawan menerusi perniagaan hartanah. Beliau sebelum ini pernah bekerja sebagai pengutip sampah telah mendapat perhatian orang ramai tentang kebangkitan hidupnya.

Peneraju syarikat Azlan Al Amin Group Sdn Bhd itu turut bersyukur apabila kisah pengalaman hidupnya yang berasal dari keluarga miskin tegar, namun kini bergelar jutawan menjadi inspirasi kepada orang lain.

Beliau sebelum ini juga pernah menulis sebuah buku yang bertajuk “Rahsia Pengutip Sampah Jadi Jutawan” iaitu sebuah penulisan berkisarkan tentang perjalanan hidupnya bermula dari bawah sehingga bergelar jutawan.

BACA:

Tun Mahathir tak gembira Najib dipenjarakan

BKM 2022: Tambahan RM500 masuk hari ini

Tragis…keluarga tak sedar anak usia 5 tahun maut jatuh tingkat 9 flat di KL