Azalina cadang wakil pembangkang dilantik Timbalan Speaker

Azalina

Azalina cadang wakil pembangkang dilantik Timbalan Speaker. Jika kerajaan serius mengenai pembaharuan dan kerjasama dwipartisan, Azalina Othman Said yang melepaskan jawatan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat percaya tempatnya patut diganti oleh wakil pembangkang.

Cadangan itu menyusul pertemuan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob dengan pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang bersetuju mengenai kepentingan reformasi institusi dan pemerintahan baik.

Ditanya apa yang kerajaan dan pembangkang boleh lakukan untuk menggalakkan kerjasama lebih baik dalam forum mengenai reformasi Parlimen anjuran Jeffrey Cheah Institute on Southeast Asia, Ahli Parlimen Pengerang itu berkata, jawapannya “ketara”.

“(Saya) patut digantikan seorang wakil pembangkang, tetapi usul itu harus dibentangkan oleh kerajaan.

Azalina

“Ini peluang terbaik untuk perdana menteri menawarkannya sebagai isyarat dan permulaan.

“Ini sesuatu yang boleh dilakukan. Jika kerajaan berbuat demikian dan ia disokong sebulat suara sebagai contoh, saya rasa ia sangat baik untuk sejarah Parlimen Malaysia kerana kita menunjukkan isyarat bahawa kami mahu Parlimen menjadi platform profesional.”

Mengenai kepentingan reformasi Parlimen katanya, ia wajar dipertimbangkan perubahan terhadap komposisi Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSSC) disertai jumlah wakil pembangkang yang ditetapkan.

Beliau mendapati ketika ini, hanya Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang dipengerusikan wakil pembangkang, tetapi anggota pembangkang lebih ramai dalam jawatankuasa itu.

“Jika kerajaan benar-benar serius mengenai pembaharuan, jumlahnya boleh dibahagi sama rata antara pembangkang dan penyokong kerajaan,” sarannya.

Beliau turut senada dengan gesaan Pengerusi PAC, Wong Kah Woh dan ahli PSSC Kesihatan, Sains dan Inovasi, Kelvin Yii untuk meminda peraturan bagi membenarkan PSSC mengadakan mesyuarat maya supaya mereka dapat terus menjalankan tugas.

Berita Penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/08/26/usulkan-pembangkang-jadi-timbalan-speaker-azalina-beritahu-kerajaan/

BACA: Akta lompat parti mampu direalisasi