Ayob Khan kini kembali bertugas di Bukit Aman

Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay hari ini mengambil alih tugas sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman.

Memetik daripada FMT, Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, Majlis Serah Terima Tugas dan Pemakaian Pangkat Pengarah JSJN telah berlangsung mengikut istiadat Polis Diraja Malaysia secara tertutup di Dewan Sultan Haji Ahmad Shah, di Maktab Polis Diraja Malaysia hari ini.

Ayob Khan kini kembali bertugas di Bukit Aman

“Dalam majlis berkenaan Timbalan Ketua Polis Negara Komisioner Datuk Razarudin Husain @Abd Rasid telah menyerahkan tugas dan tanggungjawab sebagai Pengarah JSJN kepada Ayob Khan dengan disaksikan oleh saya, selaku Ketua Polis Negara,” katanya dalam satu kenyataan.

Majlis serah terima tugas tersebut turut melibatkan penyerahan jawatan Pengerusi Persatuan Kebajikan Polis (PERKEP) JSJN daripada Datin Zainah Othman kepada Senior Asisten Komisioner Datin Zalena Mohd Ariffin dengan disaksikan oleh Puan Sri Ir. Zaitun Mohd Isa,selaku Pengerusi PERKEP Malaysia.

Acryl Sani memakaikan pangkat Pengarah JSJN Bukit Aman kepada Ayob Khan dalam Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Pengarah JSJN antara Datuk Razarudin dan Ayob Khan di Maktab PDRM Cheras pagi tadi.

Tambah Acryl Sani, dalam majlis sama turut berlangsung istiadat penganugerahan pingat jasa pahlawan negara (P.J.P.N) kepada 50 orang pegawai dan anggota PDRM bagi menghargai jasa kepahlawanan, pengorbanan dan kebaktian mereka kepada negara semasa era darurat serta insurgensi komunis.

“Saya dan seluruh warga pdrm mengucapkan syabas dan tahniah kepada Ayob Khan atas pelantikan sebagai Pengarah JSJN Bukit Aman serta SAC Datin Zalena Mohd Ariffin sebagai Pengerusi Perkep JSJN yang baharu.

“Saya yakin, dengan berbekalkan pengalaman yang luas dalam bidang kepolisan, Ayob Khan mampu memikul amanah yang diberikan ini dengan cemerlang, sekali gus dapat memperkukuhkan lagi barisan kepimpinan PDRM dalam mengharungi apa jua cabaran yang mendatang,” katanya.

Baca Juga : Panas !!! Ayob Khan mahu terus heret pegawai rasuah ke mahkamah, enggan serah kepada Bukit Aman untuk siasatan tatatertib

Panas !!! Didenda tak pakai pelitup muka, Wanita ini dedah rakaman CCTV

Artikel ini disiarkan pada 04/01/2022

COMMENTS

Wordpress (0)