Walaupun tak ramai tapi ada sahaja bapa mengambil tugas menukar lampin anak terutamanya ketika isteri berpantang.
Ada yang mengambil alih sepenuhnya tanggungjawab untuk menukar lampin dan bersihkan bayi agar si ibu boleh berehat sebentar.
Samalah seperti pasangan selebriti, Ayda Jebat yang mengakui kekok menukar lampin kerana anak sering diuruskan suami, Nabil Mahir lapor Kosmo.
“Hari ini buat pertama kali mummy tukar lampin Mateen (anak keduanya). Jangan terkejut sebab memang selalu bapa dia yang buat.
“Gementar tadi masa tukar takut dia ke mana-mana dan kencing. Kencing sampai ke muka pun pernah.
“Mummy buat laju-laju tadi macam Naruto. Lancar selancarnya. Tak menangis, siap, susu dan terus tidur. Bapanya kepenatan, kesian Dada (Nabil), saya cinta kalian berdua,” ujarnya lagi.
Bagaimanapun niat baiknya berkongsi perihal itu tidak disukai ramai yang mula mengkritik penyanyi dan juga pelakon itu.
“Alahai, tukar lampin pun nak cakap dekat satu dunia. Bukannya anak sulung, dah anak kedua, mengada-ngada betul.
Kasihan suami dapat isteri yang semua benda nak harapkan dia. Takkan tukar lampin pun tak biasa, bukannya baru semalam beranak, nak perhatian.
“Macam kau sahaja pandai tukar lampin, kalau tak pandai buat semua itu, jangan kahwin, duduk je seorang sampai tua,” antara komen netizen.
Baca juga: “Kalau betul susah, minta bantuan anak, tapi dia yang putuskan hubungan” – Mas Idayu kesal lihat bekas suami