Ayah gunting semua gambar mak lepas dah berpisah, “dia memang dah malas tengok..” Bila sebut tentang perpisahan yang terjadi dalam sesebuah perkahwinan, hanya pasangan suami isteri itu sendiri saja mengetahui apakah penyebab berlakunya keputusan tersebut.
Boleh jadi disebabkan faktor orang luar, ataupun tiada lagi keserasian dalam rumah tangga. Mungkin ada yang masih boleh berkawan selepas berpisah, tapi ada juga selesa untuk buat hal masing-masing.
Pengalaman sama mempunyai ibu bapa yang sudah berpisah turut diceritakan seorang gadis ini di ruangan TikTok.
Menerusi rakaman tersebut, Kat akui tak henti ketawa apabila terjumpa semula gambar keluarga mereka yang sudah pun digunting oleh si ayah.
Rupa-rupanya, hanya bahagian yang menampakkan wajah bekas isteri sahaja menjadi sasaran.
Meskipun itu, namun Kat berjaya juga menyimpan beberapa keping gambar yang masih elok dan menampakkan keberadaan kedua-dua orang tuanya sewaktu dia masih kecik. Walau kedua-dua orang tuanya itu tidak dapat duduk semeja lagi seperti dulu, namun gadis berkenaan tetap hormat akan perasaan mereka
Malah tanggungjawab terhadap anak juga tidak pernah diabaikan sama sekali sejak dari kecil sehingga sekarang.
@thekatcontentugc Before photoshop there was ✂️ #divorce #divorcedparents #petty #daddysgirl #90sparentsbelike #fyp #divorcetok ♬ original sound – Kat
@thekatcontentugc Replying to @therunawaytraveller #divorce #divorceparents #90sparenting #fyp #parentreveal #80sbaby ♬ original sound – Kat
OMG saya takkan buat macam tu, dan saya akan simpan semua tu untuk anak bila diaorang makin tua nanti..Itu kenangan diaorang bukan kita sahaja
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan kegigihan dimiliki Ayah kepada Kat sehingga sanggup menggunting satu persatu gambar yang ada.
Tak kurang dengan itu, ada juga yang berkongsi pengalaman hampir sama apabila ibu dan bapa bertindak ambil haluan masing-masing.
Merasakan tindakan gunting berkenaan sedikit kelakar, ada yang sempat berseloroh dengan mengatakan adakah itu adalah antara salah satu cara untuk ‘block‘ seseorang ketika zaman tersebut. Namun mereka tetap tak nafikan ia sebenarnya agak salah kerana mungkin boleh ganggu emosi si anak.