AWAN tuntut MB Kedah tarik balik kenyataan dan mohon maaf kepada pesakit HIV

AWAN tuntut MB Kedah tarik balik kenyataan dan mohon maaf kepada pesakit HIV

Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN ) Nasional kesal dan terkejut dengan kenyataan Menteri Besar Kedah, Yang Berhormat Muhammad Sanusi Mohd Nor yang mengaitkan HIV dengan dosa dan amalan aktiviti tidak bermoral.

Melabel bahawa pesakit HIV sebagai golongan pendosa adalah keterlaluan dan lari dari fakta dan kebenaran.

Kenyataan itu tidak sepatutnya dikeluarkan oleh seorang Menteri Besar sebuah negeri kerana ianya akan menambahkan stigma yang sememangnya wujud terhadap pesakit dan penyakit HIV.

Stigma dan tanggapan negatif masyarakat berhubung HIV telah menyebabkan mereka yang berisiko enggan mendapatkan pemeriksaan dan rawatan sekali gus membantutkan usaha pencegahan penyebaran HIV dan AIDS menjelang 2030.

Beliau seharusnya memberi fokus kepada langkah bagaimana beliau dan pasukannya mahu mengurangkan kadar jangkitan Covid-19 di Kedah sekaligus menyelamatkan rakyat Malaysia lainnya.

Cara fikir kebelakang seperti ini amat bahaya untuk rakyat terutama untuk kumpulan terpinggir seperti pesakit HIV.

Dengan ini AWAN Nasional mendesak agar Menteri Besar Kedah menarik balik dan memohon maaf kepada pesakit HIV .

Dr Hafidzah Mustakim
Pengerusi Biro Kesihatan Awan Nasional