AWAN Pengkalan Chepa agih 100 pek barangan keperluan

AWAN Pengkalan Chepa agih 100 pek barangan keperluan

Angkatan Wanita Amanah (AWAN) kawasan Pengkalan Chepa telah
menggagihkan 100 pek barangan keperluan asas kepada penduduk sekitar Sabak dan Pulau Gajah.

Penduduk yang mendapat agihan ini merupakan mereka yang terjejas akibat penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan sekarang ini. Agihan ini merupakan kesinambungan program agihan yang telah dilaksanakan sebelum ini.

Pihak AWAN Kawasan Pengkalan Chepa mengucapkan terima kasih diatas sumbangan yang dihulurkan. Antara yang menjadi penyumbang dalam menjayakan program ini ialah Tuan Wan Kamarudin, Kak Yah dan Kak Hae . Semoga Allah merahmati dan meluaskan rezeki buat para penyumbang.

Sumber :