Audio mirip saya disiasat, tapi audio mirip PM dan menteri? – Anwar

Audio mirip saya disiasat, tapi audio mirip PM dan menteri? – Anwar

Presiden PKR Anwar Ibrahim mempersoalkan mengapa audio didakwa mirip suara perdana menteri dan menteri dalam negeri, yang mencetuskan kontroversi baru-baru ini tidak disiasat polis.

Sedangkan, katanya, audio perbualan didakwa mirip suaranya dan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi tidak lama dahulu yang tidak mengandungi unsur jenayah pula disiasat.

Dia membangkitkan persoalan itu selepas keluar daripada memberikan keterangan sebagai saksi di Bukit Aman berhubung perkara itu.

“Mengapa isu seperti ini mahu dijadikan isu politik oleh kerajaan yang nampak sangat terdesak sekarang. Apa kaitannya dengan kemelesetan ekonomi, kegawatan politik, penyalahgunaam kuasa yang ada sekarang .

“Saya sebut juga ada penyebaran meluas dalam media sosial mengenai audio rakaman yang didakwa oleh Muhyiddin Yassin, mengenai scheme of things … melibatkan ugutan rasuah, lantik GLC dan sebagainya.

“Saya tanya ada siasatankah?

“Terkini ada penyebaran audio yang didakwa suara Hamzah Zainuddin mengenai mengatur ‘orang-orang kita’ sebagai pegawai kanan tertinggi polis.

“Apakah ada siasatan dalam kes seperti ini yang jauh lebih serius, kerana melanggar beberapa peraturan dan jaminan beliau (untuk) tak campur tangan dalam urusan ini,” katanya kepada pemberita di depan bangunan Bukit Aman.

Muhyiddin dan Hamzah dalam pertemuan dengan pemimpin PN hujung tahun lalu
Anwar keluar jam 11.25 pagi setelah hampir sejam setengah memberikan keterangan sebagai saksi.

Audio yang tular awal bulan ini memaparkan perbualan dua pihak yang didakwa Anwar dan Ahmad Zahid, antara lain berkenaan Perhimpunan Agung Umno dan ucapan ahli parlimen Bagan Datuk semasa perhimpunan berkenaan.

Baik Anwar mahupun Ahmad Zahid, kedua-dua mereka menafikan ketulenan video berkenaan.

Keterangan Anwar diambil mengikut peruntukan Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan.

Berita Penuh :https://www.malaysiakini.com/news/572360