Saya terbaca posting Dr Asyraf Wajdi di akaun facebook beliau pada 21/2/2019 seperti dicatatkan:
“Maaf saya cukup tak faham sikap kekanda yang adinda tidak faham bersungguh-sungguh pertahan Dap, bila orang hina Islam senyap, hina Nabi saw diam, hina Yang Dipertuan Agong menyepi, tapi bila sentuh Dap sahaja melenting mengugut untuk saman”
Saya melihat kenyataan ini berbaur kebencian apabila beliau cuba memutar isu dan fakta sebenar apa diucapkan YB Menteri dalam kenyataan media dan penerangan beliau sebelum ini mengenai isu Tabung Haji.
Sepertimana sering disebut YB Menteri sejak awal isu Tabung Haji ini, beliau tegas sebagai menteri bertanggungjawab menjaga masa depan wang 9.2juta pendeposit, memastikan integriti dan nama baik TH dijaga dari serangan dan fitnah pihak yang tidak mengetahui fakta sebenar apa yang berlaku, tetapi kenyataan demi kenyataan memfitnah dan mengaitkan TH cuba diletak PH di bawah pengawasan bukan Islam dirujuk sebagai Dap sering dimainkan termasuk Dr Asyraf Wajdi ini.
Kenyataan ini sebenarnya disengajakan atau tidak dilihat berniat jahat menyerang TH dan Menteri sedangkan Dr Asyraf pernah berada dalam JPM (Agama) dan mengetahui hakikat sebenar kewangan dihadapi TH sejak 4 tahun lalu di mana TH mengalami defisit kewangan apabila kunci kira-kira ditutup, nilai aset semasa TH berkurang dari nilai liabiliti ditanggung, menyebabkan TH dari segi perakaunan dan perundangan tidak mampu membayar hibah kepada para pendeposit.
Saya percaya Dr Asyraf masih lagi ingat jalan ke pejabat lamanya di Kompleks Islam Putrajaya, Tingkat 9, dan saya juga percaya YB Menteri sedia pada bila-bila masa menerima kunjungan Dr Asyraf bagi memberi penjelasan yang tepat mengenai isu TH.
Namun apa berlaku, beliau terus-menerus menyerang TH dan Menteri atas fakta salah dan bersifat tuduhan jahat.
Posting beliau juga dilihat sengaja dimainkan menyerang TH dan Menteri Agama, sebagai bahan kempen sempena PRK Semenyih yang sedang berlansung, yang mana sepatutnya sebagai bekas Timbalan Menteri Agama, beliau sepatutnya menyokong usaha keras TH memulihkan kembali prestasi kewangan dan keluar dari krisis kewangan melanda institusi yang memegang deposit terbesar umat Islam Malaysia.
Saya juga difahamkan satu laporan polis juga dibuat oleh anak muda petang tadi terhadap posting Dr Asyraf ini dilihat cuba menjatuhkan imej Menteri dan integreti Tabung Haji dengan dakwaan tanpa asas dan tidak benar.
Secara asas dalam Undang-undang, kenyataan dipetik atau dikeluarkan diambil tidak benar, adalah suatu bentuk kenyataan fitnah dibuat tanpa privilege.
Kenyataan itu bakal mengundang tohmahan dan prasangka jahat pembaca kepada Menteri berkenaan dan institusi Tabung Haji sedangkan hakikatnya kenyataan tersebut adalah tidak benar dan fitnah.
Salah satu elemen dalam Defamation Lawsuit (Tindakan Saman Fitnah)
Falsity – Defamation law will only consider statements defamatory if they are, in fact, false.
A true statement is not considered defamation.
Additionally, because of their nature, statements of opinion are not considered false because they are subjective to the speaker.
Social Media and Defamation Law
Due to social media, it’s now easier than ever to make a defamatory statement.
That’s because social media services like Twitter and Facebook allow you to instantly “publish” a statement that can reach millions of people.
Whether it’s a disparaging blog post, Facebook status update, or YouTube video, online defamation is treated the same way as more traditional forms, meaning that you can be sued for any defamatory statements you post online.
Nasihat kepada Dr Asyraf dan netizen di luar sana berhati-hati dalam sebarang posting dan kenyataan di media sosial dan pastikan ia datang dari sumber yang benar dan sahih dan berimanlah dengan firman Allah SWT:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنْ جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَنْ تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَىٰ مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ
Wahai orang- orang yang beriman, jika ada seorang faasiq datang kepada kalian dengan membawa suatu berita penting, maka tabayyunlah (telitilah dulu), agar jangan sampai kalian menimpakan suatu bahaya pada suatu kaum atas dasar kebodohan, kemudian akhirnya kalian menjadi menyesal atas perlakuan kalian.
[al-Hujurât/49:6].