Asteroid gergasi saiz lebih 1 kilometer bakal hampiri bumi minggu depan

Asteroid gergasi saiz lebih 1 kilometer bakal hampiri bumi minggu depan. Berdasarkan kepada pemerhatian NASA terhadap asteroid-asteroid di angkasa, dijangkakan sebuah asteroid yang dikenali sebagai (7482) 1994 PC1 yang dianggarkan saiz diameternya lebih daripada 1 kilometer bakal melintasi hampir dengan bumi.

Lintasan asteroid itu dijangka akan berlaku pada 18 Januari 2022 ini.

Kelajuan asteroid itu pula sewaktu melintasi bumi adalah selaju 70,415 km/h dengan jaraknya dari bumi sekitar 2 juta kilometer.

Bunyi seperti jauhkan tapi NASA tetap mengkategorikan asteroid ini sebagai asteroid yang boleh membahayakan bumi kerana siaznya itu.

Asteroid gergasi saiz lebih 1 kilometer bakal hampiri bumi minggu depan

Untuk pengetahuan anda, mana-mana asteroid yang bersaiz lebih daripada 140 meter dan mengorbit bumi sehampir 7.5 juta kilometer, NASA mengkategorikan asteroid-asteroid tersebut sebagai asteroid yang berpotensi membawa bahaya kepada bumi.

Mungkin kita tidak sedar apa yang berlaku di angkasa lepas. Tetapi sepanjang minggu ini iaitu pada 13 dan 14 Januari 2022, sebanyak 5 asteroid dari yang bersaiz sebuah bas sehinggalah sebesar sebuah kapal terbang jumbo telah melintasi bumi.

Jarak lintasan asteroid yang paling hampir minggu ini telah berlaku pada 13 Januari 2022 lalu di mana asteroid yang dikenali sebagai 2022 AG2 melintasi bumi pada jarak sehampir 1,210,000 kilometer.

Asteroid gergasi saiz lebih 1 kilometer bakal hampiri bumi minggu depan

Kapsyen: 5 Asteroid ini telah lintasi bumi pada 13 dan 14 Januari 2022.

Baca Juga : Ambil masa 6 tahun untuk disiapkan, akhirnya jalanraya tertinggi di Malaysia dibuka
Ini 3 sebab mengapa lampu tandas perlu dihidupkan waktu tidur di hotel
Ini 10 sebab mengapa berbaloi tunggu 6 bulan untuk dapatkan Proton X50

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)