Asteroid gergasi bakal lintasi bumi hari ini pada kelajuan 75,639 km sejam

Asteroid gergasi bakal lintasi bumi hari ini pada kelajuan 75,639 km sejam.Satu asteroid bersaiz hampir tiga kali ganda daripada menara jam Big Ben dijangka melintasi Bumi hari ini, lapor akhbar Daily Star semalam.

Agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) berkata, asteroid dinamakan sebagai 2017 AE3 itu akan melintas pada jarak yang ‘rapat’ dengan Bumi.

“Batu angkasa itu dijangka menghampiri Bumi pada jarak 3.05 juta kilometer (km) dan melintas tanpa sebarang gangguan.

“Ia diramal bergerak pada kelajuan 75,639 km sejam dan berukuran selebar 353 meter,” kata NASA.

Agensi angkasa itu turut memberitahu bahawa ia akan memantau rapat perkembangan pergerakan asteroid tersebut.

NASA menetapkan bahawa mana-mana objek angkasa yang bergerak pantas dan berada pada jarak 7.48 juta km adalah ‘berpotensi berbahaya’.

Perubahan terkecil pada trajektori batu angkasa turut dianggap boleh mengancam Bumi.

BACA JUGA:

Mahkamah Tinggi putuskan sekolah vernakular tidak bercanggah Perlembagaan Persekutuan
Fosil kepala raksasa laut ditemui

Artikel ini disiarkan pada 29/12/2021

COMMENTS

Wordpress (0)