Asteroid 2001 FO23 bakal lintasi bumi 21 Mac, ini apa yang bakal berlaku kelak….

Asteroid 2001 FO23 bakal lintasi bumi 21 Mac, ini apa yang bakal berlaku kelak….

Asteroid terbesar diramalkan akan melintasi bumi pada 21 Mac ini dengan jarak sekitar 1.25 juta batu (2 juta kilometer) atau 5 1/4 kali jarak dari bumi ke bulan.

Menurut Jet Propulsion Laboratory, NASA, asteroid yang dipanggil 2001 FO32 itu walau bagaimanapun tidak akan melanggar bumi dalam tempoh ini atau selama berabad-abad yang akan datang.

Pengarah Center for Near Earth Object Studies (CNEOS), Paul Chodas, mengatakan bahawa pihak mereka telah mengetahui jalan orbit 2001 FO32 di sekitar matahari dengan sangat tepat sejak ia dikesan 20 tahun lalu.

“Tidak mungkin asteroid itu akan mendekati bumi lebih dari 1.25 juta batu,” katanya.

Asteroid itu akan melintasi dengan kelajuan sekitar 77,000 batu per jam (124,000 km/j) iaitu lebih cepat daripada kecepatan daripada asteroid yang menghampiri bumi sebelum ini.

Asteroid 2001 FO32 ditemui pada bulan Mac 2001 oleh program Lincoln Near-Earth Asteroid Research (LINEAR) di Socorro, New Mexico dan telah diukur berdasarkan pengukuran optik iaitu selebar kira-kira 3,000 kaki (1 kilometer).

Tarikh 21 Mac ini akan memberi peluang kepada para astronomi untuk mendapatkan pemahaman yang lebih tepat mengenai ukuran dan albedo asteroid (iaitu seberapa terang atau reflektif permukaannya) dan idea kasar mengenai komposisinya.

Berita Penuh :https://siakapkeli.my/2021/03/12/asteroid-2001-fo23-bakal-melintasi-bumi-21-mac-ini-dengan-selamat-dan-tidak-akan-melanggar-bumi/