Asri bidas golongan agamawan suka bincang isu gosip peribadi, bisu dalam isu rasuah

Asri bidas golongan agamawan suka bincang isu gosip peribadi, bisu dalam isu rasuah. Jika tokoh agamawan di Malaysia memainkan peranan sepenuhnya, bangkit dan bersuara dengan lantang dalam usaha membendung rasuah, ia pasti boleh memberi kesan.

Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Mohd Asri Zainul Abidin berpendapat, kebanyakan ahli agama hari ini lebih fokus kepada dosa yang bersifat individu berbanding dosa yang memberi kesan kepada masyarakat umum.

Jelas Maza, Nabi Muhammad SAW menentang secara terang-terangan dosa yang dilakukan terhadap orang dan hak awam, berbeza dengan dosa bersifat individu, di mana Baginda akan menyarankan agar individu tersebut menyembunyikannya dan bertaubat kepada Allah.

“Ahli agama dalam negara, bukan semua tapi ramai, lebih fokus isu gosip peribadi, diangkat jadi tajuk utama tetapi apabila ada isu melibatkan kepentingan awam macam rasuah, semua diam.

“Malah ada kumpulan yang anggap ini perkara kecil, permainan politik. Ini sangat mendukacitakan.

“Kena ingat hal yang membabitkan awam, dalam Islam, dosa-dosa ini tak boleh langsai dengan bertaubat, awak kena mohon maaf dengan individu itu. Rasuah menyebabkan yang tak benar jadi benar, yang berhak dinafikan hak.

Asri bidas golongan agamawan suka bincang isu gosip peribadi, bisu dalam isu rasuah

“Agamawan patut tahu, kalau awak ambil rasuah, zalimi pihak lain, awak pergi haji, pergi masjid, dosa awak dengan rakyat yang menjadi mangsa tak boleh selesai begitu saja. Kena minta maaf atau kembalikan hak yang sudah diambil,” katanya ketika menjadi tetamu program Dialog Tiga Penjuru bertajuk ‘Kontroversi rasuah: Lawan, cuti atau letak jawatan?’ yang bersiaran pada Khamis.

Turut menjadi tetamu dalam program berkenaan ialah Pengarah Eksekutif Pusat Bagi Memerangi Rasuah dan Kroni (C4), Cynthia Gabriel dan Pengasas Pusaka, penulis dan wartawan, Eddin Khoo.

Dalam pada itu, Maza tidak merasakan persepsi rasuah terkait dengan ahli politik kerana apa yang dimahukan rakyat kini hanyalah ketelusan.

“Apabila ada dakwaan. Kalau sudah siasat dan terbukti tak ada kes, selesai. Saya andaikan kalau Tan Sri Azam Baki buat kenyataan, beritahu nak berehat sementara untuk membolehkan siastan dilakukan tanpa campur tangannya, bagi buktikan beliau tak terlibat, satu negara akan diam.

“Ya mungkin ada juga yang bercakap tapi orang ramai akan nampak keberanian beliau. Kalaulah beliau keluarkan kenyataan seperti itu, saya rasa situasi akan lebih reda,” tambahnya.

Minggu lalu, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dan Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) tampil menjawab persoalan besar berhubung kontroversi pemilikan berjuta unit saham dikaitkan dengan Azam sekitar tahun 2015 hingga 2016.

Azam dalam satu sidang media menafikan sekeras-kerasnya tuduhan mempunyai kawalan ke atas banyak syarikat termasuk syarikat konglomerat seperti yang didakwa.

Beliau memberi alasan akaun saham itu digunakan oleh adiknya, Datuk Nasir Baki dalam urus niaga, dan mengakui tidak mempunyai kepentingan atau manfaat terhadap saham yang dibeli.

BACA JUGA :
Penceramah pro Dr Maza ini imbau pengalaman “belasah” Mujahid sambil ketawa
Di zaman PN ini, kenalkah MAZA siapa ulama berperangai anjing?
Dr MAZA digesa tunai janji kritik PN

Artikel ini disiarkan pada 14/01/2022

COMMENTS

Wordpress (0)