ASNB umum had pengeluaran online dinaikkan ke RM2,000 sebulan

ASNB umum had pengeluaran online dinaikkan ke RM2,000 sebulan. Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) sebentar tadi mengumumkan bahawa had pengeluaran online myASNB akan dinaikkan kepada RM 2000 sebulan.

Menurut tweet yang dimuat naik oleh ASNB, had pengeluaran online myASNB itu dinaikkan bertujuan untuk memudahkan perancangan yang lebih fleksibel dalam tempoh yang memerlukan.

 

Kenaikkan had pengeluaran ini telah tersedia di portal myASNB manakala mula ditawarkan di aplikasi myASNB bermula 3 Mac ini.

Menurut semakan di laman web ASNB, tetapan transaksi yang dibenarkan adalah minimum RM 100 setiap transaksi dengan had maksimum adalah RM 2,000 sebulan. Hanya 3 transaksi sebulan sahaja dibenarkan.

ASNB umum had pengeluaran online dinaikkan ke RM2,000 sebulan

Anda boleh membuat pengeluaran dengan log masuk ke www.myasnb.com.my atau dengan memuat turun aplikasi myASNB.

Aplikasi myASNB ini boleh dimuat turun di Google Play, App Store dan juga AppGalery.

Sejarah ASNB
ASNB merupakan anak syarikat milik penuh kepada Permodalan Nasional Berhad (PNB) yang ditubuhkan pada 22 Mei 1979. Ia ditubukan sebagai syarikat pengurusan amanah dibawah Permodalan Nasional Berhad atau PNB ini.

Kini, setelah 40 tahun berada di dalam industri, ASNB kini menguruskan 15 dana yang dianggarkan bernilai RM 267.12 bilion, pada tarikh catatan terakhir 31 Disember 2020.

Tonton:

Berita Lain:

Budak darjah 5 tulis surat kepada kekasih, “Sekali je please.. Kalau sekali tak keluar anak”

KKM tegaskan tiada lagi kematian berpunca dari vaksin Covid-19

Ada kesan darah beku selepas suntikan AstraZeneca? Ini jawapan pakar