Asalnya hanya isu pelanggaran SOP, meleret jadi isu menipu berjemaah dan cyber bully

Asalnya hanya isu pelanggaran SOP, meleret jadi isu menipu berjemaah dan cyber bully

Isu MB Kedah ni asalnya adalah tentang kesalahan pelanggaran SOP sahaja. Tetapi disebabkan ‘arrogance’ dan ‘keceluparan’, telah meleret-leret membawa kepada isu-isu besar yang lain.

Semalam, wanita yang pertama mendedahkan isu ‘test-drive’ tersebut melalui FB nya, telah menjadi mangsa ‘cyber-bully’ oleh para walaun yang konon mahu mempertahankan pimpinan depa. Tanpa sedar, ada yang melakukan kesalahan menyebar gambar kanak-kanak bawah umur yang tertakluk kepada undang-undang tertentu.

Hari ini, kenyataan yang dibuat oleh MB Kedah ini pula, sedikit pun tidak mendamaikan bahkan sebaliknya, menambahkan benci. Apakah ‘seloroh’ beliau tentang janda itu, sesuai diungkap oleh seorang pemimpin kerajaan? Apatah beliau mewakili sebuah parti bernuansa agama!

Tiadakah sekelumit pun rasa sensitif dengan menjadikan ‘janda’ sebagai subjek gurauan dan seolah memberi suatu konotasi negatif?

Bahkan bagi sebahagian orang, menyamakan seorang janda dengan sebuah kereta adalah suatu penghinaan golongan tersebut. Sungguhpun nadanya adalah bergurau!

Apalah malang parti Islam yang suatu ketika dipandang tinggi dengan kepimpinan berintegriti dan kompeten sebagaimana era Almarhum Tuan Guru Nik Aziz. Hari ini, haibah itu semakin hilang, bahkan semakin diganti dengan barisan kepimpinan yang lebih menyerlahkan sisi lemah dan tidak kurang yang memalukan.

Apakah ini akibatnya dosa pengkhianatan? Parti yang membawa nama agama tetapi bersekongkol dengan pengkhianat?

NauzubiLlah. Moga Islam tidak menjadi fitnah hanya disebabkan PAS.

Sumber :