Arahan Untuk Adly Letak Jawatan Adalah tidak berpelembagaan – Peguam

Arahan Untuk Adly Letak Jawatan Adalah tidak berpelembagaan – Peguam

Selain kecelaruan politik peringkat nasional, kecelaruan politik di Melaka juga menarik untuk dikaji.

Di Melaka ada 28 dun, maknanya seorang Ketua Menteri itu mestilah mendapat sokongan majoriti 15 adun termasuk dirinya untuk dilantik sebagai Ketua Menteri.

Dalam kes Melaka, TYT telah meminta YB Adly untuk meletakkan jawatan apabila 4 adun telah bertukar kem menjadikan sokongan kepada BN bertambah menjadi 17 adun.

Sepatutnya TYT terus boleh melantik Ketua Menteri baharu tetapi sayangnya tiada di kalangan 17 adun itu boleh sepakat menyokong seorang calon. Tambahan lagi, dikatakan 2 adun itu telah uturn balik kepada PH.

YB Adly pula enggan meletakkan jawatan dan memohon pembubaran dun. Tiba tiba keluar surat ini yang menghendaki YB Adly meletakkan jawatan. Bagi saya tindakan menghendaki YB Adly untuk meletakkan jawatan adalah tidak berpelembagaan selagi TYT belum memutuskan siapakah calon Ketua Menteri baharu.

Dalam kes Dato Seri Nizar dahulu, beliau juga enggan meletakkan jawatan sehingga dikemukakan usul undi tidak percaya ke atasnya. Namun, Tuanku Sultan Azlan mengambil langkah untuk mengadakan temubual sahaja. Akhirnya, Mahkamah Persekutuan mengesahkan tindakan Tuanku Sultan itu dan menyatakan jawatan Nizar terlucut secara automatik apabila Menteri Besar baharu dilantik.

Sebenarnya keputusan Mahkamah Persekutuan itu agak janggal sebab precedent seluruh negara komanwel menghendaki supaya dibuat usul undi tidak percaya di dalam Dun. Namun, Mahkamah berpandangan Malaysia adalah negara yang mempunyai Perlembagaan sendiri dan tidak terikat dengan precedent komanwel.

Masalahnya apabila Mahkamah mengendoskan tindakan sebegitu ianya menyebabkan berlaku masalah seperti yang kita lihat sekarang yakni kerajaan pintu belakang. Sebab itulah saya fikir tidak ramai pemimpin negara lain mengucapkan tahniah kepada PM 8 kerana di negara lain tindakan menjatuhkan kerajaan mesti dibuat di dalam dewan baharulah ianya menjadi kerajaan yang dianggap sah. Apa pun kita hormati pandangan Mahkamah Persekutuan itu sehinggalah keputusan itu di uturn oleh keputusan yang lain. Jangan ingat Mahkamah tiada uturn kerana sepatutnya Mahkamah berpegang kepada kedaulatan undang-undang.

Berbalik kepada kedudukan YB Adly itu, saya fikir beliau masih seorang Ketua Menteri yang sah sehinggalah perlantikan Ketua Menteri baharu dibuat dan beliau masih berhak untuk menerima gaji, elaun dan keistimewaan sebagai Ketua Menteri. Beliau juga masih boleh mengemukakan permintaan untuk pembubaran dun meskipun permintaan pertamanya telah ditolak oleh TYT.

Sumber : https://www.facebook.com/zulqarnain.lukman/posts/10223232043896334