Arahan bekerja dari rumah akan dikaji semula

Arahan bekerja dari rumah akan dikaji semula

Kerajaan akan meneliti semula arahan bekerja dari rumah yang diumumkan sejak pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) 22 Oktober lalu.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia berikutan kebanyakan negeri mula menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

“Kita tidak ada bincang mengenai Work From Home. Kalau kita tengok sudah tak banyak kawasan dikenakan PKPB. Contoh, Selangor walau PKPB, namun ada daerah yang sudah terkeluar (dari) PKPB.

“Jadi, perkara ini kita bincangkan sama ada perlu atau tidak Work From Home kerana sekarang kita sudah kembali ke PKPP,” katanya dalam sidang media pada Sabtu.

Tambahnya, perbincangan akan melibatkan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) pada Isnin ini.

“Perkara ini akan dibincangkan dengan PKPA dan MITI sebab swasta di bawah MITI. Kita akan bermesyuarat pada Isnin dan akan bangkit perkara ini,” ujarnya.

Berita penuh : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/arahan-bekerja-dari-rumah-diteliti-semula-271768

COMMENTS