Apakah Malaysia Sanggup Melutut Kepada India Demi Sawit?

Apakah Malaysia Sanggup Melutut Kepada India Demi Sawit?

Demi kerana nak jual sawit, Menteri terpaksa melutut kepada kerajaan India yang sedang membantai umat Islam.

Padahal pembantaian ke atas umat Islam di India jauh lebih teruk berbanding pembantaian umat Islam Uighur di Xinjiang.

Retorik sebuah parti berjenama agama semakin bersimpang siur dan mengelirukan. Sebelum ini mereka dilihat begitu lantang, tetapi sekarang mereka pula dilihat mendukung pemikiran Islam liberal yang sebelum ini mereka momokkan seburuknya.

Mana mungkin umat Islam boleh mendiamkan diri dengan kebiadaban kerajaan India terhadap umat Islam, inikan pula mahu menjalinkan hujungan yang baik semata-mata kerana sawit.

Padahal bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir begitu tegas mengutuk layanan buruk kerajaan India terhadap umat Islam di sana. Apakah kerajaan pintu belakang ini mahu bersikap lebih liberal dalam isu-isu melibatkan nasib umat Islam berbanding kerajaan Pakatan Harapan sebelumnya?

Jangan hanya kerana kuasa dan dunia, maruah agama digadaikan.

Oleh : Jamzuri Ardani