Apabila suami mainkan peranan, Fyna Jebat dan madu akhirnya berdamai

Apabila suami mainkan peranan, Fyna Jebat dan madu akhirnya berdamai. Sebelum ini bekas jurulatih bola sepak kebangsaan Datuk Zainal Abidin Hassan terpalit kontroversi,

apabila kedua-dua isterinya didakwa buat kekecohan di sebuah premis mamak di Shah Alam.

Untuk rekod, suspek (isteri pertama) dipercayai menarik rambut pengadu (isteri kedua) dalam restoran tersebut sebelum melarat kepada pertengkaran di luar pula.

Apabila suami mainkan peranan, Fyna Jebat dan madu akhirnya berdamai

Isteri pertama tersindir dengan kenyataan kurang sensitif pengadu ketika terlibat program hiburan

Siasatan awal mendapati, konflik tercetus susulan Datin Zalina Zaini tersindir dengan kenyataan pengadu dalam sebuah program selain bernikah dengan suami tanpa pengetahuannya.

Pihak polis kemudiannya terima laporan dibuat oleh kedua-dua isteri Datuk Zainal Abidin usai insiden tersebut.

Dalam pada itu, Fyna Jebat enggan mengulas tentang dakwaan isu pertelingkahan dengan madunya kerana banyak ‘hati’ yang perlu dijaga.

Jawatan Kosong: Penulis Di Laman Portal Kisah Dunia (Work From Home)

Datin Zalina Zaini telah menarik laporan kira-kira 2 minggu lalu

Bagaimanapun memetik laporan Kosmo Online baru-baru ini, kemelut tersebut akhirnya menemui titik noktah.

Ketua Polis Daerah Shah Alam memaklumkan, ini kerana Datin Zalina Zaini telah menarik laporan berhubung isu pertelingkahan itu sekitar 2 minggu lalu.

Kalau ikut tempoh hari, kena bagi bon…tapi masing-masing selesai secara baik

@mstarmalaysia Fyna Jebat serah kepada polis insiden diserang madu, fokus terhadap Famili Duo tak terganggu #fyp #mstar #tiktoknews ♬ original sound – mStar Official

Jika ikut tempoh hari, pihak polis kena bagi bon kepada mereka supaya berkelakuan baik.

Namun disebabkan masing-masing telah menarik balik laporan serta diselesaikan secara baik, justeru kertas siasatan diklasikasikan sebagai No Further Action (NFA) atau tiada pendakwaan akan dibuat.

BACA: 

Perarakan pemuda parti politik undang kegelisahan ramai, sekali Menteri Agama bersuara

“Kenapa? Tak cukup makan kat sini ke? bila mendengar jawapan anak muridnya, cikgu ini sebak serta-merta menyerang dada