Apa jadi dengan Akta Profesion Guaman Syarie (2019) yang diluluskan zaman PH?

Apa jadi dengan Akta Profesion Guaman Syarie (2019) yang diluluskan zaman PH. Salah satu daripada banyak pencapaian Kerajaan PH dalam memartabatkan Mahkamah Syariah ialah menggubal dan meluluskan Akta Profesion Guaman Syarie (2019) yang dinantikan sejak kertas kerja mengenainya ditulis oleh AlMarhum Professor Ahmad Ibrahim pada 1982 lagi.

 

Malangnya sejak kerajaan PH jatuh, tidak ada ‘follow up’’ sepenuhnya perincian yang diperlukan setelah dua tahun diwartakan.

Rang Undang-Undang (RUU) Profesion Guaman Syarie (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2019 diluluskan Dewan Rakyat pada Julai 2019 yang bertujuan antara lain bagi menubuhkan Lembaga Kelayakan Profesion Guaman Syarie untuk mengawal selia amalan profesion guaman syarie di Wilayah Persekutuan.

Melalui rang undang-undang itu, bakal peguam syarie akan diwajibkan menjalani latihan dalam kamar selama enam bulan yang dianggap sebagai satu tempoh mencukupi bagi membiasakan diri mereka dengan perundangan substantif dan tatacara yang perlu dipatuhi dalam pengendalian satu-satu kes.

Rang Undang-undang ini juga membolehkan Majlis Peguam Syarie menubuhkan unit bantuan guaman khas Mahkamah Syariah sepertimana diwujudkan di Mahkamah Sivil di samping menubuhkan lembaga tatatertib bagi mengawal selia dan menjaga kebajikan peguam syarie.

Malangnya sudah 18 bulan ia beku tanpa sebarang khabar berita.

Sumber:

BACA: Panas !!! Paip dasar sungai pecah, SPAN panggil UPEN Terengganu beri keterangan