Apa beza kematian dilaporkan dengan kematian sebenar? Ini penjelasan KKM

Apa beza kematian dilaporkan dengan kematian sebenar? Ini penjelasan KKM

Apakah perbezaan antara Kematian yang Dilaporkan (Reported Deaths) dengan Kematian Sebenar (Actual Deaths)?

Kematian yang dilaporkan adalah kes kematian berdasarkan hari ia diumumkan kepada orang awam. Setakat ini, KKM menggunakan data-data ini untuk dilaporkan kepada awam.

Kematian sebenar pula adalah kes kematian berdasarkan tarikh sebenar kematian itu berlaku.

Apa beza kematian dilaporkan dengan kematian sebenar? Ini penjelasan KKM

KKM melaporkan kepada rakyat kes kematian yang disebabkan jangkitan COVID-19 (deaths due COVID-19) berbanding kes kematian dengan COVID-19 (deaths with COVID-19).

Kematian yang disebabkan jangkitan COVID-19 adalah kes kematian yang telah disahkan berpunca daripada jangkitan COVID-19 melalui siasatan klinikal.

Kematian dengan COVID-19 pula ialah pesakit didapati positif COVID-19 ketika kematian berlaku (atau sebelum kematian berlaku)

KKM hanya fokus kepada kes kematian disebabkan jangkitan COVID-19 (deaths due to COVID-19) kerana angka kematian yang tepat ini penting untuk analisis keberkesanan vaksin, penentuan kadar kematian dan sebagainya.

Namun, maklumat ini mengambil masa yang lama kerana setiap kes kematian akibat COVID-19 perlu melalui proses bedah siasat dan audit klinikal.

Antara akhir Julai hingga akhir Ogos, petugas kesihatan KKM menanggung beban kerja yang tinggi terutamanya di Lembah Klang dan ini menyebabkan siasatan klinikal tertangguh sekaligus lewat dilaporkan.

Ini bermakna, terdapat kes kematian akibat COVID-19 yang telah berlaku beberapa minggu lalu tetapi hanya dilaporkan hari ini kerana hasil siasatan dan laporan audit baru sahaja diperolehi.

Jadi, bagaimanakah caranya untuk KKM melaporkan data tertunggak ini kepada rakyat Malaysia?

KKM sememangnya telus dan mahu terus telus dalam melaporkan jumlah kematian kepada seluruh rakyat Malaysia.

Namun begitu, adalah penting juga untuk kita mendapat gambaran sebenar tentang trend di Lembah Klang yang menunjukkan penurunan ketara jumlah kematian, seperti yang dijangka apabila peratusan liputan vaksinasi semakin tinggi.

Oleh itu, KKM membuat keputusan untuk lebih telus dengan melaporkan kedua-dua maklumat ini supaya rakyat mendapat gambaran yang lebih jelas tentang situasi yang berlaku. Ini termasuklah tarikh kematian sebenar dan tarikh dilaporkan bagi setiap kes kematian dan juga BID yang berlaku. Data-data ini boleh diakses melalui data sumber terbuka, Github.

Disediakan oleh Dr Mahesh Appannam
Ketua Data, CPRC Kebangsaan KKM

Sumber :

BACA JUGA : Pengusaha hotel bajet terpaksa ‘kerjasama’ sindiket pelacuran untuk terus bernafas